Pentingkah Menjana Pendapatan Sampingan?

June 30, 2017
Di zaman sekarang ramai yg memilih untuk menjana pendapatan sampingan. Ada yg buat secara part time dan ada juga yg buat secara full time.Apa pun,misi adalah sama iaitu untuk membantu meringankan beban kewangan..Perlukah buat biz untuk jana side income?
Bagi saya PERLU SANGAT.


Fikirkan kenaikan kos sara hidup,harga barang keperluan semakin meningkat.

Manage and take control of your income.
Adakah kita hendak selamanya bergantung kepada gaji yang diberi? Bilakah kali terakhir kenaikan gaji? Berapakah kenaikan gaji yang dapat?
Berbeza dengan side income, jumlah pendapatan boleh ditentukan oleh kita sendiri (bergantung kepada perniagaan yang dipilih untuk membuat sebagai pendapatan tambahan). Kalau hendak duit lebih, usaha pun lebih.

Walaupun sy mempunyai kerja hakiki namun ia bukan alasan utk tidak mahu buat biz part time dan saya memilih utk buat part time shaklee secara online dan offline.

Join ahli shaklee ni ada 2 jenis...
1.Jenis yg join ahli untuk makan sendiri..
2.Jenis yg bukan setakat makan sendiri tetapi juga mahu berbisnes.

Saya dulu bermula dgn jenis yg nombor 1 tu..
Tapi tanpa disangka terjerumus dgn biz shaklee apabila mula jana income bonus shaklee HANYA DENGAN BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE PADA ORANG LAIN.

Itulah bestnya ttg biz shaklee ni,the more we share to others about shaklee ..the more lifes we touched with shaklee products..the more money will come to you.As simple as that!
Tapi boleh faham kan...konsep biz shaklee..mulakan berkongsi kebaikan produk shaklee yg anda sudah rasai kepada orang di sekeliling anda.Biar mereka pun teringin mencuba produk shaklee supaya dapat merasai shaklee effect sepertimana yg anda bgtau pada mereka.

Kalau bukan sekarang,bila lagi?

Cabar diri untuk keluar daripada zon selesa.

Jangan fikir-fikir sangat dan banyak buang masa, buat saja😀! Orang kata fast action fast result! 

Kalau terlintas dihati mau kenal Shaklee lebih lagi, terus contact saya di 0198287830 ya😉

Your Trusted SIDPRO
Falinah
0198287830

6 TIPS URUS KELUARGA DENGAN LEBIH CEKAP

June 29, 2017
Ibu-ibu di luar sana mungkin pernah mengalami tekanan atau stress apabila menguruskan keluarga sendiri terutamanya melakukan kerja-kerja di rumah.Ditambah lagi jika ada anak yang ramai. 

Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Today.com ke atas 7,164 orang ibu warga Amerika, ibu yang mempunyai 3 orang anak adalah yang paling stress – malah lebih stress daripada ibu yang beranak 4. Ini kerana apabila bilangan anak bertambah menjadi 3, mereka lebih ramai daripada ibu dan bapa (hanya 2 orang). Namun, keadaan ini akan kembali tenang apabila bilangan anak menjadi 4 atau lebih. 

Menurut seorang pakar psikiatrik, Dr. Janet Taylor “Semakin ramai anak anda, semakin yakin anda dengan kebolehan anda sebagai ibubapa.” 

Ikuti 6 tips ini untuk membantu ibu menguruskan keluarga dengan lebih cekap.

Tips pertama ialah membuat perancangan sebaiknya. Setiap hari fal cuba sedaya-upaya luangkan masa 10 minit untuk fikirkan kerja-kerja rumah untuk dilakukan pada keesokan hari. Kadang2 sekadar gambarkan di kepala dan kadang2 fal catat supaya tidak lupa.Fal ada download apps 'checklist' dari playstore dan selalunya fal catat dlm ni.

Tips kedua ialah membuat persediaan lebih awal. Contohnya sediakan beg sekolah anak, baju sekolah anak dan baju kerja suami dan diri sendiri. Rutin fal setiap malam biasanya temankan anak pilih buku teks ikut jadual.Lama-kelamaan anak-anak sudah pandai untuk pilih buku dan tidak perlu diingatkan lagi untuk berbuat demikian.Baju sekolah anak-anak, baju kerja fal dan suami juga pilih siap-siap dulu dan jika sempat,fal akan iron dulu sebelum masuk tidur. 

Tips yang ketiga ialah buat kerja yang penting dahulu. Lakukanlah apa yang penting untuk diselesaikan terlebih dahulu.Jangan membuat jangkaan yang terlalu tinggi sehingga anda sendiri yang stress. Contoh, anda nak iron baju kerja untuk seminggu terus sebab nanti kerja anda akan lebih mudah,sedangkan ketika itu ada kerja yang lebih penting lagi iaitu untuk bantu anak-anak dengan kerja sekolah. Fal selalu buat priority list dan catat dalam apps 'checklist' fal dalam handphone,senang nak rujuk nanti. 

Tips yang keempat ialah bahagikan tugas-tugas di rumah bersama suami anda.Tidak salah jika suami turut membantu melakukan kerja-kerja di rumah.
Fal sebenarnya rasa sangat bersyukur mendapat suami yang sangat ringan tulang membantu fal menguruskan keluarga setiap hari. Suami fal tidak kisah melakukan kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh kaum ibu contohnya memasak,mandikan anak-anak malah iron baju pun dia buatkan juga.
Suami fal sediakan sarapan dan bekal anak ke sekolah.Fal sediakan jadual menu bekalan sekolah anak dan bahan-bahannya.Suami yang akan memasak sementara fal siapkan anak-anak ke sekolah.


Tips kelima ialah libatkan anak-anak melakukan kerja-kerja rumah.Berilah tugas sesuai dengan umur anak.
Fal cuba libatkan anak-anak untuk bantu fal melakukan kerja-kerja rumah yang mudah.Anak perempuan fal walaupun baru berumur 8 tahun tapi sudah boleh bantu mamanya lipat kain baju dan menyapu rumah. Abangnya Ryan yang berumur 10 tahun turut membantu mama mencuci pinggan mangkuk.

Tips keenam ialah berehatlah seketika jika anda rasa terlalu penat walaupun ketika itu kerja-kerja rumah anda belum siap. Jangan memaksa diri anda kerana itu hanya akan membuat anda lebih stress. Anda boleh sambung semula kerja yang tertangguh itu selepas anda selesai berehat seketika.
Setelah penat melakukan kerja-kerja rumah,fal biasanya akan berehat dengan tidur sekejap.Jangan lupa minta suami tengok-tengokkan anak-anak dulu.Tapi biasanya,fal akan bawa anak-anak sekali untuk tidur sekejap di siang hari.

Oh ya, selain dari tips-tips di atas, fal nak tambah satu lagi iaitu amalkan pengambilan suplemen shaklee untuk mencukupkan keperluan nutrisi kita agar sihat dan bertenaga menguruskan keluarga kita. Fal juga amalkan suplemen shaklee iaitu Set kesihatan optimum yang terdiri daripada ESP,Vitalea, Vita C & Bcomplex dan antara vitamin kegemaran fal ialah vitamin Bcomplex yang bukan sahaja membantu membekalkan tenaga pada si ibu,ia juga anti-stress dan ibu akan lebih tenang melakukan kerja-kerja di rumah.Jika ingin dapatkan suplemen ini bolehla hubungi fal di talian 0198287830 ya.


Oklah,sampai di sini dulu entry untuk kali ini.Semoga tips-tips yang fal kongsikan di atas bermanfaat untuk semua dan membantu anda menguruskan keluarga anda dengan lebih cekap.

13 FAKTA TENTANG KEISTIMEWAAN SET BERSALIN SHAKLEE

June 28, 2017
SET BERSALIN SHAKLEE menjadi pilihan ramai ibu berpantang walaupun ada banyak pilihan jenama set bersalin yang lain.

Mengapa ia begitu istimewa di mata para ibu?Ketahui 13 FAKTA berkaitan dengan keistimewaan set bersalin ini. Keberkesanan Set Bersalin Shaklee memang diakui sangat baik dan berkesan di dalam perawatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, bagi tujuan penyusuan susu ibu secara eksklusif, serta penurunan berat badan secara semulajadi dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.

Ini bukan ubat,semuanya vitamin dari sumber semulajadi.Ia juga bukan JAMU. Ada ibu yang risau mengambil jamu yang terdiri daripada ramuan herba yang panas boleh menyebabkan bayi dijangkiti jaundis dan memberi kesan negatif kepada penghasilan susu badan.

Tahukah anda bahawa Doktor dan Pakar Perubatan juga ada yang menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan.

Menurut Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat,pengambilan vitamin tersebut membantu untuk cepat pulihkan rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Beliau cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.

Manakala menurut Dr. Zubaidi dalam blog beliau www.drzubaidi.com, pengambilan ESP dan Vitalea sangat membantu bagi tujuan pemulihan luka dalaman ibu lepas bersalin.

Jom lihat 13 fakta keistimewaan SET BERSALIN SHAKLEE ini. Semoga ianya membantu anda membuat pilihan yang bijak dan mendapatkan hanya yang terbaik untuk diri anda.

Ostematrix
Vita C, ESP dan Bcomplex
Bcomplex
Ostematrix dan Alfalfa

ESP

Vitalea

Vitalea
Vita C Plus
Zinc Complex
ESP dan ALFALFA
LECITHIN
Vita C, Vitalea & Bcomplex
Set Bersalin Shaklee


Anda boleh hubungi fal untuk konsultasi percuma dan ketahui rahsia pemakanan vitamin yang berkesan dari fal.

Hubungi;
0198287830
Falinah
SID 1070119
FB:Falinah Fazlina
IG@falvitashoppe
FB Page: KEDAI Vitamin Fal 0198287830 COD:Kota Kinabalu
Pos seluruh Malaysia

Penyakit Alzheimer Dan Bagaimana Vivix Boleh Membantu

June 27, 2017
Alzheimer adalah penyakit yang menyebabkan kehilangan sel saraf otak secara perlahan, yang membawa kepada kemerosotan pada fungsi mental dan akhirnya berlakulah 'dementia' iaitu hilang ingatan. Hilang ingatan ini boleh berlaku secara kekal atau kadang-kadang dalam ingat-ingat lupa. Biasanya golongan warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun berisiko tinggi mendapat penyakit ini.

Ikhtiar pulih dari alzheimer dengan vivix shaklee

Antara simptom2 yang jelas adalah tidak kenal ahli keluarga sendiri, bertanya soalan sama berulang kali dan tidak boleh pakai baju sendiri.

Apa terjadi kepada otak pesakit Alzheimer?
Saiz otak tersebut bukan saja mengecut malah dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron kepada neuron yang lain akan terjejas.

Bagaimana Resveraterol membantu pesakit Alzheimer?
Kajian yang dilakukan oleh pakar pada tahun 2015 mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer ,tahap kemerosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti. 

Kandungan utama vivix ialah reservatrol.Sebab itu fal amat syorkan pada semua untuk amalkan vivix dan boleh hadiahkan kepada kedua orang tua kita juga agar risiko mereka mendapat penyakit alzheimer dapat dikurangkan.

For more info/order;
Pm/whatsapp/call
0198287830
Falinah || SID 1070119

Suplemen Versus Sayuran Organik & Tak Organik

June 26, 2017
Perlu kah ambil kedua-duanya?

Mungkin anda pernah mendengar orang kata begini...

"Baik makan sayur dari makan suplemen.."

"Saya tidak suka makan suplemen..sebab sy suka makan yg fresh fresh..sayur-sayuran yang baru dipetik dari ladang lagi best!"

Satu hakikat yg perlu kita sedar, sayur-sayuran pada masa sekarang tidak lagi sesegar seperti 20 tahun yg lepas kerana ketika itu persekitaran tidak tercemar spt sekarang dan penanaman dulu tidak terlalu bergantung kepada baja-baja  bahan kimia pesticid seperti sekarang.

Pada masa sekarang,sayuran bukan organik atau ditanam secara konvensional menggunakan baja atau bahan kimia pesticid menyebabkan kandungan nutrisi zat vitamin dalam sayuran dan buah-buahan tersebut semakin berkurangan.

Sejak kebelakangan ini macam semakin ramai pula orang memilih untuk makan sayur organik kerana sayur organik ditanam tanpa mengguna baja atau bahan kimia pesticid sementara sayur bukan organik ditanam menggunakan cara konvensional dan menggunakan pesticid.

Menurut beberapa kajian, sayuran organik mengandung nutrisi yang lebih tinggi daripada sayuran bukan organik dan harganya juga agak mahal berbanding sayur bukan organik.

Sayuran organik

Sebenarnya perkara paling penting bukanlah pada apakah bahan makanan anda organik atau bukan organik. Namun pada cara anda memproses bahan-bahan makanan tersebut sebelum dimakan.

Jika anda ingin mendapatkan nutrisi semaksimum mungkin dari makanan tersebut, makanlah sayur dan buah dalam keadaan segar. Namun anda masih terdedah dgn risiko makanan yg ada bakteria atau virus melekat pada permukaan daun biarpun anda telah membasuhnya dgn air. Bakteria dan virus ini tanpa kita sedari boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas.

Dan tahukah anda zat-zat vitamin pada sayur-sayuran yg dimasak terlalu lama boleh termusnah dan menyebabkan zat nutrisi di dalam ni semakin berkurangan.

Kesimpulannya,ramai yg bersetuju sayur organik memang pilihan yg lebih baik berbanding sayur bukan organik namun begitu sama ada anda makan sayur organik atau bukan organik,anda masih perlu mengamalkan pengambilan suplemen untuk mengisi lompong-lompong nutrisi di dalam tubuh kita.Kerana tubuh kita perlu dibekalkan dengan zat-zat vitamin yg berterusan agar tubuh kita dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik dan menjamin kesejahteraan kesihatan kita.

Entry yang akan datang fal akan kongsikan tentang suplemen yang anda boleh amalkan untuk diri sendiri dan seisi keluarga.

Ingat,suplemen bukanlah ubat utk mengubati penyakit tetapi ia adalah suatu amalan atau tabiat yg SIHAT untuk mendapatkan kesihatan optimum tubuh kita.

Jika anda mementingkan vitamin yg semulajadi, selamat dan berkesan, semestinya anda memilih vitamin Shaklee. Hubungi saya di 019-8287830 untuk info lanjut dan konsultasi percuma.



RESEPI SNOW CHEESE MEALSHAKES CAKE

June 25, 2017
Entry kali ini fal akan kongsikan resepi kek kegemaran fal dan anak2 iaitu snow cheese mealshakes cake!😍.
Snow cheese mealshakes cake

Kek ni fal belajar melalui satu kelas memasak yang fal sertai bulan April yang lepas.Tips penting yang fal dapat masa belajar buat kek ni dari cikgu yang ajar kelas ni  ialah kena ada penimbang bahan, lagi bagus kalau gunakan penimbang digital tu. Sukatan kena betul.Itu lah rahsia untuk dapat hasilkan kek yang gebu dan enak bila di makan.
Tapi fal ada satu lagi bahan istimewa yang menjadikan kek ini bukan sahaja sedap tetapi berkhasiat!hihi😀..yang ini fal improvised sikit dari resepi asal.Apa dia bahan istimewa tu?tidak lain dan tidak bukan MEALSHAKES SHAKLEE!😍

Mealshakes shaklee
Mealshakes shaklee ini adalah multivitamin dalam bentuk tepung berperisa vanila yang sangat sedap bila di buat minuman berkhasiat.Fal jadikan mealshakes ni minuman wajib anak-anak ketika bersarapan.

Fal suka mencuba sesuatu yang baru dan sebab itu fal tambah elemen mealshakes dalam snow cheese cake yang fal buat😊

Ok.Jom kita tengok dulu resepi untuk hasilkan kek yang begitu enak..sedap sehingga menjilat jari!😀


RESEPI SNOW CHEESE MEALSHAKES CAKE

Bahan-bahan:

6 biji telur gred A(buang 2 biji telur putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hongkong
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovallete
75 gram mentega (dicairkan)

Untuk cream:
1 kotak cream cheese (250gram)
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mealshakes shaklee
(Campurkan semua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

Untuk topping:
1 kotak cheddar cheese kraft (parutkan)

Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan kecuali air sejuk dan mentega cair.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan pekat dan putih.Lepas itu masukkan air sejuk & putar lagi sampai gebu.
3. Masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati.
4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
5. Bakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah selama 45 - 1 jam dengan kepanasan 150 degree celcius.
6. Bila sudah masak,biarkan sejuk.
7. Bila dah sejuk, potong dua di tengah-tengah. Sapukan cream di atas separuh kek tadi.Kemudian letakkan sebahagian lagi kek tadi di atasnya. Sapu lagi cream dan parutkan cheese cheddar.

Bahan-bahan di atas boleh didapati di pasaraya atau paling senang pergi ke kedai bakery yang ada menjual bahan & aksesori memasak. Bahan istimewa Mealshakes ni pula cuma boleh di beli dari pengedar shaklee.Boleh juga hubungi fal di 0198287830 untuk dapatkannya.

Oh ya, kek yang dah siap boleh juga taburkan dengan chocolate rice kat atas toping tu kalau nak. Fal dah buat banyak kali kek ini dan anak-anak suka sangat makan kek ini.Anak fal, si ryan ni siap request lagi buatkan sempena hari guru bulan lepas.So fal pun buatkan la juga demi anak☺

Ok.selamat mencuba resepi ni ya!😀

Jumpa lagi di entry yang akan datang.

Ryan dengan kek cheese nya

11 PETUA HILANGKAN BATUK TANPA UBAT

June 24, 2017
Baru-baru ini fal mengalami batuk berterusan sehingga hampir 2 minggu baru lah sembuh sepenuhnya. So entry kali ini,fal akan kongsikan 11 petua untuk hilangkan batuk tanpa ubat.

Setiap orang pasti pernah mengalami batuk, sekurang-kurangnya satu tahun sekali. Batuk biasanya akan hilang dalam waktu dua hingga tiga minggu.

Ikuti 11 petua hilangkan batuk tanpa ubat di bawah ini;

Teh & madu untuk hilangkan batuk

Mandi air panas untuk hilangkan batuk
Kunyit bagus untuk hilangkan batuk
Minum Coklat panas untuk hilangkan batuk
Menthol Vicks untuk hilangkan batuk
Tambah bantal apabila tidur
Minum air putih untuk hilangkan batuk
Berurut di SPA
Sup ayam
Jaga kebersihan persekitaran
Omegaguard membantu mencairkan kahak.

Orite..itu la dia 11 petua hilangkan batuk tanpa ubat.Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua☺.

SET KULIT SIHAT & CANTIK SHAKLEE

June 23, 2017
Memiliki kulit yang cantik, licin, putih, gebu tanpa jerawat dan jeragat sememangnya menjadi idaman semua orang terutamanya wanita. Jadi untuk entry kali ini fal akan kongsikan tentang set kulit sihat dan cantik shaklee.

Jika anda telah mencuba pelbagai produk tetapi satu pun tidak berkesan bagi anda,apakata anda cuba amalkan Set Kulit Cantik Shaklee.


Terdiri daripada;

ESP +   Vita C + Vita E +  Bcomp

Esp Shaklee
ESP soy protein adalah pelengkap untuk kecantikan kulit kerana ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tahukah anda, protein membantu menghasilkan collagen dalam badan dan seterusnya membantu memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin.
ESP Shaklee

Vitamin C Shaklee
Vitamin C membantu menghasilkan kollagen semulajadi dari dalam badan. penghasilan kolagen dari badan yang berterusan dan pembaikan sel kulit setiap hari inilah yang membantu mendapatkan kulit yang lebih berseri, licin dan tona yang lebih sekata.
Vita C Plus
Vitamin E Shaklee 
Vitamin E Shaklee mempunyai antioksidan yang menghalang dan menghapuskan radikal bebas.Ianya di ekstrak dengan grape seed yang menjadikan kulit tampak lebih muda. Vitamin E Shaklee memang terbukti dapat menghilangkan parut dan mengatasi masalah blackhead dan whitehead, menghapuskan jerawat baru dan lama, mengecutkan jerawat, memudarkan jeragat dan kulit menyerikan kulit kusam. Ianya juga boleh dijadikan masker harian. Pengambilan Vitamin E Shaklee secara konsisten ternyata membuatkan kulit wajah lebih licin berseri.
Vita E Complex
B Complex Shaklee
Vitamin B complex shaklee mengandungi set lengkap Vitamin B iaitu 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. ia membuatkan wajah lebih glowing dan tidak kusam. Disamping sebotol B Complex Shaklee tahan sehingga 4 bulan ianya juga sebagai anti stress yang dapat mengelakkan jerawat batu dan jerawat biasa daripada tumbuh di kulit. 
Bcomplex

Berminat untuk dapatkan vitamin di atas?bolehla menghubungi fal di talian 0198287830.Konsultasi tip top & percuma diberikan kepada customer fal☺

For more info/order;
Pm/whatsapp/call
0198287830

My Journey as Breastfeeding mom With Shaklee

June 22, 2017
Tidak lama lagi anak bongsu fal ,baby Ian atau nama sebenarnya Adrian James akan genap 2 tahun pada bulan september ini nanti.

I'm feeling grateful because until now I still continue my journey as breasfeeding mom☺





Entry kali ini fal akan kongsikan testimoni diri sendiri mengguna set penyusuan shaklee.

Set ini terdiri daripada ESP,Vita C,Bcomplex,VITALEA dan ALFALFA.


Setiap hari fal akan bersarapan dengan minum segelas ESP. Biasanya ibu yg menyusu bayi ni cepat rasa lapar tetapi  ESP memberi tenaga berpanjangan kepada fal dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.secara tidak langsung ia membantu fal menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Komposisi utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Maka ESP ni mmg sesuai diambil kerana ia adalah protein soya yg sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.


Fal turut mengamalkan suplemen Alfalfa dan Alfalfa ni sering dikaitkan dengan milkbooster dimana ia turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.
Ia juga amat bagus utk kesihatan dalaman wanita.



Selain itu fal juga mengambil vitamin vitalea,vitamin c dan Bcomplex.
Vitalea adalah multivitamin jadi ia membantu sy memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh saya.


Vitamin C pula penting dalam penghasilan antibodi dan menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah jatuh sakit.


Biasanya jika ibu menyusu kurang sihat,demam..susu ibu juga akan merudum atau berkurangan.Begitu juga kalau ibu berada dalam keadaan stress dan tertekan,ia boleh menjejaskan penghasilan susu ibu yg lebih banyak.Sebab tu fal amalkn vitamin Bcomplex ini juga sebab fungsinya yg boleh meredakan stress. Bcomplex juga sebenarnya sangat penting kerana vitamin inilah yg berfungsi menukar gula dalam makanan yg kita makan kepada tenaga yg kita guna kan setiap hari. 


ESP,Vita C dan Bcomplex ini juga sinonim dgn panggilan vitamin kecantikan.Selama mengamalkn suplemen ini,kulit wajah saya jarang mengalami masalah kulit.Ia menjadikan kulit wajah lebih sihat,cantik dan tona kulit lebih sekata.

Ibu-ibu diluar sana yang menyusukan bayi,saya amat syorkan set penyusuan ibu ini kerana bukan sahaja membantu anda dlm menjayakan misi penyusuan bayi anda malah ia juga banyak manfaatnya dari segi kesihatan ibu itu sendiri.

Amalkan tips penyusuan susu ibu ini selalu;

Amalkan pengambilan suplemen set penyusuan shaklee dan fahami konsep demand and supply semasa menyusukan bayi.
Semakin kerap anda menyusukan bayi anda,bermakna semakin tinggi permintaan terhadap bekalan susu.Dan mesej akan di hantar ke otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Hubungi fal jika ingin dapatkan set ini dan dapatkn konsultasi percuma dari fal😊

Your trusted SIDPRO
FALINAH
0198287830


Powered by Blogger.