7 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI ANDA

February 11, 2016
Begitu cepat masa berlalu,sedar tak sedar baby ian dah masuk 4 bulan 2 minggu hari ini.Seakan baru semalam melahirkannya ke dunia ini.Banyak perkembangan yang ditunjukkan oleh baby ian.Antaranya ialah apabila dibaringkan di atas perutnya, dia akan mengangkat kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan.

Apabila baby ian dapat memegang sesuatu objek, dia akan cuba memasukkannya ke dalam mulut.Baru-baru ni fal bawa baby ian pergi bertandang ke rumah anak buah yang nenyambut chinese new year.Kebetulan ramai orang kat situ.Baby ian responsif terhadap persekitaran yang ada ramai orang dan mula menangis kurang selesa dengan keadaan tersebut.Menurut info yang fal pernah baca,sebenarnya semua perkembangan ini adalah normal bagi bayi berusia 4 bulan ke atas.
Banyak penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa perkembangan minda anak kita bermula sedari ia terbentuk di dalam rahim ibu dan berterusan selepas itu. Setiap bayi dilahirkan mempunyai 100 bilion neuron dalam sel-sel otak mereka. Neuron-neuron inilah yang akan berhubung antara satu sama lain dan menentukan tahap kepintaran mereka. Seiring dengan usia mereka, perkembangan tahap kepintaran semakin berbeza bergantung kepada dua faktor iaitu stimulasu dan nutrisi. Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan sel-sel otak mereka berhubung pada tahap paling maksimum.

So untuk kali ini fal akan kongsikan 7 fakta menarik tentang otak bayi kita.Semoga perkongsian ini membantu ibubapa lebih mengenali anak tersayang.









Ibu yang sedang hamil amat digalakkan untuk mengambil sumber makanan yang mengandungi Menurut kajian omega-3.Fal juga turut mengambilnya semasa trimester ketiga iaitu apabila otak bayi sedang terbentuk.Oleh itu fal syorkan ibu-ibu yang sedang hamil untuk turut mengamalkan suplemen ini demi untuk kebaikan bayi yang dikandung dan juga diri anda.



Hubungi fal di 0198287830 untuk konsultasi percuma dan rahsia pemakanan yang berkesan.
FB: Falinah Fazlina
FAN PAGE: KEDAI Vitamin Kuching 0198287830
SID:1070119




7 PERKARA MESTI DILAKUKAN UNTUK RAPAT DENGAN ANAK

February 09, 2016
Kadang kala semakin anak membesar, kita sebagai ibu dan ayah terlupa memberikannya belaian dan peluk cium yang sama seperti ketika mereka masih bayi. Hakikatnya anak-anak sentiasa memerlukan rangsangan tersebut untuk membesar sebagai anak yang positif.

Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan aktiviti yang ringkas dan menyeronokkan bersama anak-anak. Ikatan kuat yang terbina antara ibu dan ayah dengan anak sejak kecil akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Jom kita tengok 7 perkara yang mesti kita lakukan jika inginkan anak rapat dengan kita.Fal juga turut praktikkan tips ini dan nampak kesan yang positif pada anak-anak fal.Sebagai contoh,biasanya sebelum tidur,fal akan bawa anak-anak berdoa dulu.Selepas doa,fal akan ucapkan kata-kata berikut "good night boy..i love u boy" dan anak akan turut membalas "good night ma..i love u ma"...kemudian ucapkan lagi pada anak yg kedua sampailah bongsu.
Kesemua tips ini amat mudah sebenarnya untuk dilakukan.Sesibuk manapun kita,sebagai ibubapa luangkan masa melakukan 7 perkara ini supaya anak lebih rapat dengan kita.









5 TIPS KURUSKAN BADAN IBU MENYUSU

February 07, 2016
Dilema hebat bagi kaum wanita selepas bersalin adalah memikirkan cara nak kurus walau pun anak masih menyusu badan. Tapi sebenarnya lagi kerap anda susukan anak, lagi cepat lemak anda tersingkir. Ini kerana waktu menyusukan bayi, seorang ibu boleh kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet).
Namun begitu,dengan pengambilan suplemen, ia juga membantu mempercepatkan penurunan berat badan selain memastikan kesihatan tubuh secara menyeluruh. Jom tengok 5 tips yang fal praktikkan untuk turunkan berat badan tanpa menjejaskan penghasilan susu ibu.Ketika entry ini dibuat,baby adrian sudahpun berumur 4 bulan dan syukur fal masih boleh menyusukan baby adrian sehingga kini.







Fal turut amalkan set kurus untuk ibu menyusu daripada SHAKLEE. Ianya terdiri daripada lecithin,alfalfa dan ESP.Setelah hampir 4 bulan mengamalkannya,berat fal daripada 82kg (semasa 9 bulan) turun ke 65kg ketika entry ini dibuat.Walaupun belum mendapat berat badan ideal iaitu 57kg,fal akan teruskan pengambilan suplemen ini untuk kesihatan menyeluruh.

SET KURUS UNTUK IBU MENYUSU:
Di bawah ialah cara makan untuk ketiga-tiga suplemen berikut:
1. ESP
Had pengambilan ialah 3 sudu besar sehari.
Ambil 1 sudu sebelum makan - sebelum breakfast, sebelum lunch dan sebelum dinner.

2. Lecithin
Had pengambilan ialah 6 biji sehari
Ambil 2 biji selepas makan - selepas sarapan pagi, breakfast, selepas lunch dan selepas dinner.

3. Alfalfa Complex
Had pengambilan ialah 10 biji sehari.
Ambil 3 biji selepas makan - selepas sarapan pagi,selepas lunch dan dinner.

* Pastikan minum air kosong 3 liter sehari apabila mengambil Alfalfa dengan dose yang tinggi untuk penyerapan yang lebih baik.

Untuk kesan yang lebih cepat, eloklah pemakanan Set Kurus Shaklee Untuk Ibu Menyusu di atas disertakan dengan senaman.

For more info/order;
pm/wa 019-8287830
Falinah ||SID1070119
FB:Falinah Fazlina
IG@falinahfazlina_vits
Fb fan page: KEDAI Vitamin Kuching 0198287830
Blog: beautyfal.blogspot.com
COD:Kch,smrhn/pos sluruh M'sia

#pengedarshakleepollux
#pengedarshakleekuching
#KEDAI Vitamin Kuching 0198287830
#polluxfamily
#kedaivitaminsabah
#jomsihatbahkita

6 TIPS CARA MUDAH AJAR ANAK DENGAR CAKAP

February 02, 2016
Fal memang suka sangat tips yang dikongsikan oleh en.muhd Zukermi ni(sumber ohbulan).6 tips ini beliau praktikkan kepada anak-anaknya.Hasilnya,anak-anak beliau tidak melawan kata dan patuh kepada ibubapa.Ramai ibubapa yang menggunakan taktik ugut anak dengan harapan anak akan dengar kata.Contoh 
"Pergi mandi sekarang,kalau tak pergi mama buang semua mainan!"
Ada juga ibubapa yang ugut anak kata nak hantar anak ke hutan la,tinggal dengan orang gila la dan macam-macam lagi la.Fal ada 5 orang anak umur 9thn,7thn,5thn,3thn dan 4 bulan.Bayangkan dengan perangai dan karenah masing-masing boleh riuh juga jadinya rumah.Macam fal,bila anak2 nakal kat rumah,fal kata akan kurung dalam bilik gelap.Berkesanla juga tapi kadang2 fal tak buat pun. Ini antara kesilapan ibubapa yang paling besar.Bila kita cakap tak serupa bikin,lama kelamaan anak akan hilang rasa hormat pada kita.Dalam fikiran anak-anak buat apa nak takut,bukannya ibubapa buatpun.Kalau nak anak dengar kata tak semestinya jadi pemarah,cukup dengan jadi tegas.Bagaimana caranya?

Jom kita tengok 6 tips tersebut;






Semoga tips ini dapat membantu ibubapa di luar sana.:-)




Powered by Blogger.