PROMOSI SHAKLEE JULAI 2018

July 06, 2018
Welcome month of July!๐Ÿ˜€

Disini Fal ingin kongsikan promosi bulan JULAI 2018 seperti berikut;

COLLAGEN POWDER SHAKLEE
●Beli 2 dapat 5% diskaun
●Beli 6 percuma 1

COLLAGEN POWDER SHAKLEE

SHAKLEEBABY
●DISKAUN 30% – Beli 2 set Percuma 1 Set

Shakleebaby clearance stock

YOUTH SKINCARE RENEW & MAINTAIN SET
Dapatkan secara percuma bwg kosmetik (Limited Edition Blue Shimmer bag) bernilai RM31.25 yang sangat sesuai diisi barangan mekap anda๐Ÿ˜Š.
YOUTH SHAKLEE

ENROLLMENT PROGRAMME
● Daftar ahli dan dapatkan evoucher RM30 apabila beli 100uv-199uv. Yuran keahlian cuma RM65. 
Join shaklee dapat evoucher RM30

Jom dapatkan item promo di atas.Konsultasi percuma diberikan.

Hubungi 0198287830 (whatsapp/sms/call)
vitamin-untuk-kecutkan-cyst-dan-fibroid

CINTA PERTAMA DENGAN SHAKLEE

March 24, 2018
Cinta pertama saya dengan shaklee...

Ialah saat pertama kali amalkan set berpantang + penyusuan shaklee.Masa tu beranak anak no.3. Disebabkan shaklee effect yang sangat bagus,maka saya terus amalkan suplemen shaklee sehingga kini.



#throwback : gambar anak kelima.
Gambar di sebelah kiri diambil semasa baby ian berumur 3 minggu dan sebelah kanan semasa baby ian berumur 10bulan.

Adrian James Rackford dilahirkan pada 27.09.2015 dengan berat 3.96kg.
Semasa kandungan 9 bulan ,berat badan saya mencecah 82kg.Dan selepas melahirkan ian,berat 72kg.Dilema biasa seorang ibu selepas bersalin ialah BERAT BADAN naik.Saya juga tidak terkecuali.Namun begitu saya kekal positif dan setia menggunakan Set berpantang + penyusuan Shaklee.

Set berpantang Shaklee adalah Set berpantang yang mendapat kepercayaan dan diakui terbaik bagi ramai Ibu berpantang.Itu saya sangat setuju kerana saya sendiri telah merasai kesan positif dari suplemen ini khususnya terhadap pemulihan dan perawatan selepas bersalin dan semasa berpantang.

Ia telah membantu saya dalam proses penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, dan dapat menyusukan anak secara eksklusif, serta membantu saya menurunkan berat badan secara semulajadi dan selamat.Kesan positif lain yg saya rasakan ialah ia menjadikan kulit wajah cerah,halus dan lebih anjal. 

Set ini terdiri daripada ESP, Zinc complex, Vitalea, Bcomplex,Vitamin C,Ostematrix, Alfalfa dan lechitin. Setiap daripada vitamin ini mempunyai fungsi yang tertentu dan memberi zat-zat yang diperlukan oleh saya dan bayi saya. Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini ,anda bolehlah hubungi saya bila2 masa .Saya jg akan berikan konsultasi percuma & cara2 pemakanan vitamin yg berkesan kepada anda๐Ÿ˜‰

For more info/order;
Call/pm/wa 019-8287830
Falinah ||SID1070119


TIPS GANDAKAN SALES GUNA MEDIUM SOSIAL

March 19, 2018
Entry kali ini fal akan kongsikan tips gandakan sales menggunakan medium online.

Tips ni fal memang amalkan juga iaitu maksimum kan penggunaan medium yang ada.

Gunakan semua medium sosial
Fb, IG, Blogspot, Tweeter, Whatsapp, Vlog, Wechat dan lain-lain lagi. 

Fal gunakan facebook, instagram dan blogspot untuk promosikan produk & bisnes shaklee, dan segala kisah berkaitan dengan shaklee fal update menggunakan medium ini. Kena konsisten update setiap hari walau terlalu busy mana sekalipun melainkan di tempat fal pergi tu tiada kemudahan internet. 

Di saat fal menulis entry ini, fal berada di dalam bas kyoto menuju ke bamboo forest. Ada kemudahan wifi internet, jadi gunakan peluang yang ada.

Next entry fal akan kongsikan tips gandakan sales guna kaedah offline pula.

P/s:
Gambar di bawah fal ambil sebelum menaiki bas kyoto☺.





Sepetang di Tanjung Aru bersama keluarga tersayang

March 12, 2018
Fal ingin abadikan detik-detik indah bersama keluarga di sini..spending quality time with my family.

Selepas selesai menghadiri Youth Party pada 10 Mac 2018, petang tu sekitar jam 5.30 fal dijemput oleh suami di Hotel Avangio.Anak-anak turut ikut serta jemput mama dorang balik.

Eddy, anak nombor 3 berumur 7 tahun beria-ia mahu kami semua ke pantai. Jadi bapanya pun tidak mahu kecewakan anaknya, jadi kami semua terus ke pantai Tanjung Aru petang tu.


Permata hati mama:-)..merekalah penyambung legasi empayar bisnes shaklee yang fal bina sekarang. Doakan mama sukses selalu ya anak-anakku.Amin

Anak sulung fal, ryan joshua..si 'abang' atau boboy nama panggilan manjanya. Kini berumur 11 tahun. Seorang yang berbakat dalam nyanyian dan pementasan.Boboy anak yang berani dan suka sahut cabaran baru.

Anak kedua fal, fharelyne joeyna 9 tahun.atau si 'kakak'.Nama manjanya wewen..my one and only daughter.Anak gadis ku yang pemalu, dan kreatif melukis.Sangat rajin membantu mama buat kerja di rumah dan jaga adik-adiknya.

Anak ketiga Fal, Eddy Isaiah 7 tahun.Si diddy nama panggilannya. Suka melukis lukisan abstrak, dan gemar bermain permainan menguji kepantasan iq.

Anak keempat fal, nicholas paul 5 tahun.Si niko yang suka tersenyum dan ceria selalu.

Anak bongsu fal, adrian james genap 3 tahun bulan 9 ni nanti. Si ian will always be my 'baby' kecik.hihi..sangat manja dengan mama.

Buah hati pengarang jantung, suami fal.Dia selalu support fal dalam bisnes shaklee dan seorang suami yg penyayang dan bertanggungjawab.


Cantikkan pemandangan matahari terbenam di sini? No wonderla ramai orang datang ke tempat ni.

I love my family forever and ever☺

Kulit Cantik Dan Awet Muda Dengan Vivix

March 09, 2018
Entry kali ini fal ingin kongsikan tentang Vivix Shaklee.Dalam banyak-banyak suplemen..vivix ni lah yang tak pernah skip ambil walau sehari.
Vivix


Bila fal minum vivix, badan rasa bertenaga, tidak cepat letih walau bekerja seharian dgn kesibukan tugas hakiki dan menguruskan keluarga. 

Seriously siapa-siapa yang pernah minum vivix dan memang pengamal vivix memang akan nampak sentiasa fresh bertenaga,tidak cepat letih dan bonus dapat kulit cantik yg gebu flawless lagi:-)

Itulah penangan vivix shaklee.
Vivix ni terkenal sebagai 'The best anti-aging suplement in world!'
The fountain of youth.
Ada juga yg panggil vivix ini tonik ajaib sebab berkesan memulihkan penyakit2 kronik.

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah dan berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.

Vivix ni kita tahu kelebihannya ialah mengandungi 10 kali ganda lebih berkuasa dari resveratrol. Kuasa yang ada pada resveratrol ini mampu membuatkan anda kelihatan awet muda. Resveratrol ni adalah agen antioksidan yang sangat power! Ia berupaya menjaga sel badan kita dari kerosakan akibat radikal bebas.

Just for fun:-)
Ada satu website ni, bila kita masukkan gambar kita, ia boleh meneka tua manakah wajah kita. Dan hasilnya, tadaaa!..
Muda 10 tahun tu๐Ÿ˜

Tidak sia-sia fal minum vivix.hehe:-)

Add caption

Mau kelihatan berseri dan awet muda selalu?
Jom order vivix anda sekarang!

Hubungi;
O198287830

Kisah Youth Shaklee Di BLNC

March 07, 2018
Masa attend BLNC conference ari tu, dapat dengar dan lihat sendiri dua wanita di bawah ini share testimoni dorang pada audiens.

Pn.Ng Hooi Hooi dan Pn.Rozyta berumur sekitar 50-an.

Pn.Ng

Pn.Rozyta
.
Kedua-dua mereka mengalami tanda-tanda penuaan yang jelas seperti masalah jeragat, pigmentasi, kedutan dan garis halus di sekitar mata, bibir dan hidung dan pn.Ng ada lebam di bawah mata kiri.

Lihat saja hasilnya selepas hampir sebulan mengamalkan Youth Shaklee, produk penjagaan wajah terbaru dari shaklee.

Youth skincare bukan untuk orang-orang muda sahaja tetapi ia juga sesuai untuk mereka yang sudah berada di usia emas.

Tagline Youth Shaklee "live Younger Longer" memang tepat sekali kerana melalui ujian klinikal Keputusan menunjukkan;
➡ 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja
➡ 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.

Jom dapatkan youth anda sekarang!๐Ÿ˜Š
Hubungi fal di 0198287830


Jatuh Cinta Dengan Youth Shaklee

March 05, 2018
Kali ni fal ingin kongsikan testimoni fal.

Sebenarnya fal teruja betul masalah LIANG PORI terbuka semakin mengecil!๐Ÿ˜

Teringat seorang kawan pernah tanya..'Kamu jual Youth shaklee, kamu sendiri ada guna ka?'

Yes! Fal guna Youth dan juga jual Youth.


Orang bilang TESTIMONI diri sendiri adalah yang terbaik bukan?

Fal dapat kesan ketara perubahan kulit seawal 4 hari penggunaan.

Fal sebenarnya tiada masalah jerawat sangat tetapi ada masalah liang pori-pori terbuka/besar dan timbul blackhead terutama di bahagian pipi.

Gambar di bawah fal ambil sejurus selepas cuci muka.

Gambar pipi kiri sebelum guna Youth.
Gambar pipi kiri selepas 4 hari guna Youth.

Anda boleh lihat sendiri perbezaannya☺

Itu baru 4 hari..bayangkan kalau sebulan penggunaannya pasti kesan youth lagi best kan?๐Ÿ˜‚

Sekarang ni, masuk 8 hari fal menggunakan youth. Dan melihat perubahan ketara yang youth sudah beri pada fal membuatkan fal makin fall in love dengan produk skincare ini๐Ÿ˜

Salah satu sebab untuk dapatkan kulit sihat dan cantik ialah kita perlu gunakan skincare yang betul. Skincare yang boleh bertindak sebagai supplement muka kita.
Sebab itu fal pilih youth shaklee sebab Skincare ini mampu membekalkan vitamin dan mineral serta khasiat-khasiat yg diperlukan oleh kulit.

Orite, jgn lupa ikuti youth journey fal dan fal akan kongsikan lebih banyak testimoni selepas ini.

Jika anda ada masalah seperti fal, masalah liang pori terbuka dan blackhead, fal syorkan anda mencuba YOUTH Shaklee.

Bulan Mac 2018 ni ada offer best!๐Ÿ˜
Peluang terbaik dapatkan YOUTH sebab :-
❤ Boleh jimat Hampir RM 500
๐ŸŽ Free Radiance C E (Kapsul Emas Pure Vitamin C)
๐ŸŽ Free Beg Eksklusif YOUTH
๐ŸŽ Free Postage
๐ŸŽ Free Membership Shaklee 

Apa yang Bestnya YOUTH ni? 

☘️ Skincare ๐Ÿ’ฏ% Vegan(tumbuh2an)
☘️ Merupakan Produk Hasil 8 Tahun Kajian
☘️ Bebas dari 2500 Bahan Kimia yang biasa digunakan dalam Skincare & kosmetik
☘️ Dijamin ๐Ÿ’ฏ% Keberkesannya dan ada ujian klinikal.
☘️ Tidak menyebabkan Allergik / Alahan pada kulit 
☘️ Kesan Seawal 7 Hari penggunaan,malah ada yang lebih awal lagi; kedutan dan garis halus makin hilang, kulit makin cerah & licin & liang pori mengecil.

Jom hubungi fal sekarang!
0198287830
Falinah

#myyouthjourney

KENAPA SHAKLEE BISNES MLM

February 27, 2018
Entry kali ini fal ingin kongsikan tentang kenapa shaklee adalah bisnes MLM.


Pernah dengar MLM?
MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali sebagai network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.

Orang kata MLM ni menipu, kikis duit, kayakan upline, tindas downline, etc. 
Jangan salah anggap. Bukan semua syarikat MLM begitu. Jika anda pernah terjebak dengan bisnes MLM dan mengalami nasib diatas, saya turut bersimpati. Sebab itu berhati-hati apabila memilih syarikat berlandaskan MLM ni, selidiki betul-betul latarbelakang syarikat tersebut.Ada syarikat MLM yang mahu ahlinya mengeluarkan modal besar hingga puluhan ribu ringgit untuk beli stok.Dan ahlinya terpaksa buat pinjaman semata-mata untuk menyediakan modal tersebut. Lepas tu timbul masalah lain pula, pinjaman tak mampu bayar, akhirnya kena blacklist oleh pihak bank.


Terus terang, fal pun suatu ketika dulu memang tidak suka MLM. Tapi, mindset fal berubah bila fal kenal Shaklee. Sebab apa? Sistem Shaklee adil. Adil dari segi pembahagian bonus. Adil dari segi pemberian rank. Adil juga dari segi pemberian reward. Siapa yg usaha dia yg dapat. Tiada istilah downline bertungkus lumus buat sales sementara upline goyang kaki & menjadi semakin kaya. Dalam Shaklee boleh potong rank, downline boleh potong rank upline. Siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih. 

Bisnes Shaklee MLM rupanya?
Ya. Bisnes shaklee memang MLM.
Tapi kenapa ya?

Kena tengok balik sejarah penubuhan shaklee corporation pada tahun 1956.

Pengasas Shaklee iaitu Dr. Shaklee dan 2 orang anak lelakinya bernama Forrest Jr dan Lee Raleigh ingin mencipta pemakanan daripada sumber semulajadi berkonsepkan 'pencegahan' dan konsep hidup secara positif. Atas keinginan ini maka lahir lah Shaklee Corporation.

Pengalaman Dr Shaklee bekerja dengan satu-satu pesakit sebenarnya telah membawa kepada model jualan langsung syarikat (MLM).
Pada masa tu Dr Shaklee berfikir, perbualan secara peribadi (one to one) adalah cara terbaik untuk menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan.

Beliau berkata..."Ok kita akan mengajar beberapa orang dan mereka pula akan mengajar orang lain untuk mengajar orang lain untuk mengajar orang lain"
Usaha ini seperti sebuah kitaran. Mereka bercakap,orang mendengar dan orang yang dengar tu akan beritahu orang lain. Walaupun tanpa jurujual yang formal, mesejnya tersebar luas di USA.

Dan hasilnya anak beranak ni telah mencipta beratus ribu pergerakan akar umbi dan sebuah syarikat yang hari ini bernilai USD500 Juta! 
Inilah yang dikatakan 'the power of sharing'!

Macam tu lah cerita sejarah shaklee dan kenapa shaklee dijadikan syarikat MLM.

Shaklee bukan MLM semata-mata tetapi shaklee ingin menerapkan konsep 'living harmony with nature' ke dalam kehidupan setiap orang.

MLM produk Shaklee memang berkualiti. 
Setiap satu produk Shaklee melalui proses kualiti yang banyak, lebih 300 kajian kualiti kepada setiap produk yang hendak dikeluarkan ke pasaran.

Tahukah anda, Shaklee memang telah berada di pasaran Malaysia sejak 60 tahun lalu, salah satu produknya pula iaitu Vitalea telah dikeluarkan sejak hampir 102 tahun lalu. Takkanlah boleh bertahan sampai lebih dari 100 tahun jika tidak bagus bukan?

Sebab itu fal ingin mengajak anda di luar sana rasai sendiri kebaikan produk shaklee dan shaklee juga memberi peluang pada anda untuk menjana income dengan bisnes shaklee.

Hubungi fal bila-bila masa dengan klik link; 
http://FalinahShaklee.wasap.my
http://FalinahShaklee.wasap.my


7 SEBAB KENAPA SUPLEMEN PERLU DIAMBIL OLEH SEMUA ORANG

February 24, 2018


Vitamin bukanlah makanan penganti kepada makanan seharian kita. Ia adalah makanan tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi tubuh kita. Ada 7 sebab kenapa kita perlukan pengambilan suplemen tambahan seperti di bawah ini.

7 sebab kenapa kita perlukan pengambilan makanan tambahan atau suplemen setiap hari?



1.  Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien
Kenyataan ni memang betul. Badan kita perlu dos yang lebih bagi sesetengag nutrien dan dengan ini ia melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian.
Contoh paling mudah, wanita hamil memerlukan dos vitamin yang lebih berbanding wanita tidak hamil.Mereka perlu mengambil asid folik menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
Contoh lain? mereka yang bekerja sebagai buruh juga memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi disebabkan mereka akan menggunakan tenaga yang banyak.




2. Kebanyakan buahan dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar kerana disembur racun perosak.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya.




3.  Kehilangan zat nutrien dalam makanan

Zat dan vitamin yang ada dalam makanan kita mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku. 




4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan.

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.




5. Makanan seharian yang tidak seimbang.  

Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam  menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan semakin berkurangan.

Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam  menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan semakin berkurangan.
Sepatutnya kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang seperti yang disarankan dalam piramid makanan. Namun bukan semua orang mampu mengikuti pola pemakanan yang seimbang malah lebih suka makan junk food.




6. Gaya hidup tidak sihat

Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol boleh menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. 



7. Pencemaran alam sekitar

Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar.Asap kenderaan, pembakaran terbuka dan sebagainya.



Ok.Fal nak tambah satu lagi sebab kenapa kita perlu ambil suplemen adalah untuk langkah pencegahan dari awal.Pengambilan suplemen dapat membantu mencegah tubuh kita dari pelbagai penyakit kritikal. 

Jika anda ingin dapatkan suplemen shaklee yang terbukti selamat dan berkesan untuk diamalkan, boleh hubungi fal dan konsultasi percuma diberikan.

Falinah
Founder of bellatrixfamily
019.828.7830

PENGURUSAN KEWANGAN 7 JARS SYSTEM

February 19, 2018

Entry kali ini fal ingin kongsikan tips pengurusan kewangan cara menabung yang dipanggil 7 JARS SYSTEM.



7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.

▶NEC (necessity)
tabung utk benda2 keperluan  dan belanja harian, bil, anak2

▶EDU (education)
tabung utk pembelajaran, buku, kelas...

▶LTSS (long term saving for spending)  tabung utk sesuatu benda yg akan guna duit yang banyak, cthnya mau beli rumah.

▶FFA (financial freedom) 
tabungan utk hari tua bila sudah tidak mampu cari duit

▶PLAY (leisure) 
tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc

▶GIVE (charity) 
tabung utk kebajikan

Dan kita tambah satu lagi jar,

▶PARENTS (ibu bapa) 
wang bulanan utk ibu bapa. Inilah masanya kita membalas jasa pengorbanan ibubapa dengan menghulurkan sejumlah wang.Kalau ibu bapa sudah meninggal dunia, gunakanlah untuk urusan2 mereka yg belum selesai dan kalau semua sudah selesai, mendermalah pada org yg memerlukan bagi pihak mereka.

Macamana mahu mulakan membuat 7 jars ni?

Setiap bulan, duit gaji kita bahagikan ikut percentage,

NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%

Jadi kalau income RM10,000,

RM5000 utk NEC, keperluan harian
RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM1000 utk LTSS, kumpul duit utk beli rumah
RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham etc.
RM1000 utk PLAY, tabung travel!
RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
RM1000 utk parents.

Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing-masing tapi mesti strict tiap-tiap bulan dan pastikan duit mesti pergi ke tempat2 tu. Bila masuk 'tabung' jangan pula korek-korek๐Ÿ˜‚

Fal mula gunakan sistem ini mulai tahun ini.Buat masa sekarang, fal ada dua sumber pendapatan..dari gaji hakiki dan duit bonus shaklee hasil biz part time shaklee.Anda pun boleh berbuat demikian.

Pesanan buat kawan-kawan fal yang buat biz shaklee juga...
Walaupun bonus income shaklee anda baru RM50,anda pun kena buat juga macam ni. 

SELAMAT MENABUNG SEMUA.
semoga bila apply system ini,anda dapat memantau aliran wang anda,menahan diri anda daripada berbelanja yg bukan-bukan dan semoga perkongsian tips ini membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.


KAEDAH 'SPONGING' TURUNKAN SUHU PANAS BADAN

February 19, 2018
Risaukan bila anak demam.Lagi bertambah risau jika anak terkena sawan. Bila malam menjelma suhu badan anak pula semakin tinggi. 


Fal risaukan anak keempat fal, si niko. Ketika fal menulis entry ini, fal berada di hospital menemani niko yang demam panas. Doktor menasihati fal untuk melakukan kaedah 'sponging'. Kaedah ini sebenarnya lebih baik berbanding memberikan ubat paracetamol dengan kerap kerana ia boleh merosakkan hati. Doktor sendiri yang berkata begitu kepada fal.

Sebelum fal terangkan lebih lanjut tentang kaedah 'sponging', fal ingin terangkan dulu apakah DEMAM PANAS?
Ia sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria.

Bahagian hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan.Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.

Suhu badan normal biasanya 36 - 37.4 darjah celcius. Anak akan demam jika suhu seperti berikut;

1.Demam ringan : 37.5 - 38.4 darjah celcius
2.Demam biasa : 38.4 - 39.9 darjah celcius
3.Demam tinggi : 40 - 41. 4 darjah celcius

Sebenarnya Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius.

Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan sentiasa galakkan anak minum air dengan banyak. 

Lakukan kaedah 'sponging' untuk menurunkan suhu badan anak.

Cara-cara untuk melakukan kaedah 'sponging':

1. Sediakan air suam dalam besen dan sediakan 4 helai tuala kecil.

2. Rendamkan tuala dan perahkan airnya.

3. Kemudian lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama.Lipat kain tuala dan letak di atas dahi anak.

4. Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak dan biarkan tuala kedua dan ketiga di celah ketiak kiri dan kanan anak.

5. Akhir sekali, lapkan air suam pada peha dan celah paha anak menggunakan tuala keempat.

6. Ulangi langkah tersebut setiap 5 minit selama 30 minit.

Malam ini, fal akan buat kaedah 'sponging' ini pada niko. Moga anak fal ni akan cepat sembuh.

Ok, itulah dia sharing dari fal untuk kali ini.Moga ianya bermanfaat buat ibubapa di luar sana.

YOUTH SHAKLEE SKINCARE TERBAIK ABAD INI

February 16, 2018
Sudahkah ANDA bersedia untuk tampil lebih muda dan menawan?

Memperkenalkan produk kecantikan terhebat YOUTH Skincare Shaklee.

8 tahun tempoh diambil oleh Shaklee bagi melakukan segala bentuk ujian klinikal dan kajian saintifik sebelum YOUTH dibawa ke pasaran.Bukannya tempoh yang sekejap tu.

Shaklee inginkan produk skincare ini benar-benar superior berbanding produk skincare yang lain.

Hasil kajian menunjukkan;
 ✔100% WANITA MENDAPAT KULIT YANG LEBIH MUDA
 ✔2/3 DARIPADANYA MENDAPATI USIA KULIT WAJAH 1 DEKAD LEBIH MUDA


Produk YOUTH Skincare Shaklee semuanya 100% vegan iaitu berasaskan tumbuhan LOTUS JAPONICUS, MUSCADINE GRAPE & Ekstrak Buah Schisandra Chinensis.

Keistimewaan Youth:

√ Mempunyai 8 Patent Khas
√ 100% dari Tumbuhan
√ BEBAS Gluten
√ BEBAS diuji dari Haiwan
√ BEBAS daripada 2500 bahan kima yang terlarang dimana boleh merosakkan kulit wajah

Hasil kajian klinikal, 100% mendapati kulit kelihatan lebih muda dan menunjukkan 7 perubahan pada kulit wajah dimana ianya merangkumi:

√ Kedutan di wajah
√ Saiz pori di muka
√ Tone warna kulit
√ Ketegangan kulit
√ Tekstur kulit
√ Pigmentasi pada wajah
√ Kecerahan kulit

Sesungguhnya YOUTH berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

EKSKLUSIF untuk golongan yang mementingkan kualiti & standard produk skincare paling tinggi.

Jom lihat himpunan testimoni pengguna Youth yang telah berpuas hati dengan kesan positif Youth Shaklee.













Hebat-hebatkan #youth effect di atas.
Jika anda ingin mendapatkan produk youth ini, hubungi fal dan konsultasi percuma diberikan.

Falinah
0198287830


TIPS UNTUK ATASI SAKIT TEKAK

February 14, 2018
Baru-baru ini fal kurang sihat sehingga kan tekak sakit apabila menelan makanan atau minuman. Fal pun cubalah cari petua bagaimana untuk sembuhkan sakit tekak ni.
Info ni fal petik dari sebuah website kasihpetua.com


Jom kita lihat apakah 8 petua mengatasi sakit tekak.


1. Air dan Garam
Panduan:
  1. Sediakan satu gelas air suam.
  2. Campurkan ¼ susu teh garam ke dalam gelas, aduk.
  3. Gunakan untuk berkumur.
  4. Bila ada, Anda boleh memberi satu sudu makan Listerine untuk menyokong pembunuhan kuman.


Jangan pakai air sejuk sebab tidak berkesan. Adalah lebih baik gunakan air suam. Air garam suam mampu melegakan sakit tekak dengan cara menghapuskan dan meneutralkan asid di tekak, mengurangkan rasa terbakar dan kesakitan pada tekak, serta mempercepat proses penyembuhan saluran tekak. Ingat, ramuan ini cukup dijadikan ubat kumur, bukan diminum (ditelan).
Add caption

2. Air Putih
Air menjadi sumber kehidupan, Anda pasti setuju itu. Kekurangan cecair di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, seperti tekak menjadi kering dan berhujung sakit. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang murah dan boleh didapati di mana saja adalah air mineral. Air akan membantu mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat mukosa atau dinding saluran tekak sentiasa lembap.

3. Air dan Limau
Ubat sakit tekak berkesan:
  1. Ambil air masak sebanyak satu gelas.
  2. Perah buah limau, dan ambil air perahan sebanyak satu sudu makan.
  3. Minum ramuan tersebut sehingga keadaan radang pada tekak boleh reda.


    Limau boleh dipakai untuk memberi kesegaran pada tekak. Di dalamnya terdapat kandungan astringen yang diperbincangkan boleh menjadi petua hilangkan sakit tekak dan hilang suara semulajadi. 

    4. Teh Hangat
    Teh mempunyai antioksida yang boleh menyokong tubuh untuk memberi perlawanan terhadap jangkitan dan keadaan keradangan yang menyebabkan sakit pada tekak. Anda boleh menambah perasan lemon dan madu ke dalam teh hangat untuk meningkatkan khasiatnya dalam melegakan sakit tekak.

    5. Madu
    Di dalam madu yang berasa manis ini ada sifat anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak. Anda boleh minum madu dengan air suam ataupun dicampur teh.


    6. Air Cengkih 
    Air cengkih merupakan bahan rempah yang boleh digunakan untuk merawat sakit tekak. Ia bersifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi keadaan kurang menyenangkan pada saluran tekak.
     Cara-caranya penyediaabln:
    1. Sediakan 1 - 3 sudu teh serbuk cengkih.
    2. Masukkan ke dalam satu gelas air masak, kacau sebati.
    3. Berkumur beberapa kali dengan air tersebut.


    7. Sup Ayam
    Sup ayam adalah makanan yang disyorkan untuk mengubati batuk. Ternyata, ini juga sesuai buat pesakit sakit tekak. Dalam kuah sup ayam mengandungi natrium yang boleh melegakan radang tekak. 


    8. Jangan Banyak Gerak
    Kemungkinan sakit tekak merupakan isyarat agar tubuh berehat. Jadi sebaiknya kurangkan aktiviti fizikal dan banyakkan berehatlah. Kurangkan  juga bercakap untuk rehatkan tekak kita.

    Oklah..moga perkongsian tips di atas dapat membantu anda mengatasi masalah sakit tekak.

    Fal sudahpun praktikkan beberapa tips di atas. Disamping itu, fal juga mengambil nutriferon, garlic dan vitamin c kerana ketiga-tiga suplemen ni juga bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan sakit tekak. Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan interferon semula jadi yang menyokong sistem ketahanan badan (sistem imun) terhadap sebarang jangkitan kuman dan bakteria.Garlic complex pula bersifat antibiotik. Sementara vitamin c membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ia bantu kurangkan demam, selesema dan batuk. Juga bantu penghasilan sel darah putih yang menghalang perkembangan bakteria jahat yang wujud dalam badan.

    Nutriferon
    Garlic Complex
    Vita C plus
    Jumpa lagi di entry yang akan datang ya๐Ÿ˜€

    Suplemen Untuk Pesakit Kanser

    February 12, 2018
    Hari ini fal mendapat wasap dari sahabat fal yang bertanyakan tentang suplemen shaklee yang sesuai untuk pesakit kanser.
    So dapatlah idea untuk menulis blog. Fal akan kongsikan beberapa suplemen yang sesuai untuk pesakit kanser. Suplemen ini bukan sahaja sesuai untuk pesakit kanser, tetapi mereka yang disahkan menunjukkan simptom-simptom penyakit ini pun boleh mengamalkannya. 

    Pesakit kanser biasanya akan melalui proses kemoterapi. Walaupun kemoterapi masih berkesan untuk merawat kanser, namun suplemen masih diperlukan untuk menjaga sel sihat untuk berfungsi dengan baik kerana sel-sel yang sihat ini berkeupayaan dirosakkan oleh sel kanser.
    Jom lihat apakah suplemen yang sesuai untuk pesakit kanser;

    1. Vivix
    Reservatrol di dalam vivix membantu merencat pertumbuhan sel kanser, memelihara sel yang normal dan mempercepatkan proses penyembuhan. Reservatrol dalam Vivix telah terbukti dalam banyak kajian saintifik mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser.
    Vivix

    2. Nutriferon

    Nutriferon penghasilan interferon yang memperbaiki sistem imun bagi melawan punca kanser. Pesakit kanser mempunyai sistem imun yang lemah. Walaupun mereka kuat, mereka tetap perlukan sistem imun yang lebih kuat untuk melawan sel kanser.

    Nutriferon

    3. Energizing Soy Protein

    Esp diperlukan oleh pesakit kanser untuk membantu memastikan protein dan kalori yang mencukupi. Ini disebabkan pesakit kanser akan mengalami hilang selera makan terutama ketika menjalani rawatan kemoterapi. Dengan pengambilan esp dapat membantu pesakit kanser mendapat nutrisi protein yang penting untuk pembinaan sel badan.
    ESP
    4. Alfalfa Complex
    Alfalfa Complex diperlukan untuk memastikan keadaan badan sentiasa berakali kerana sel kanser sangat suka dengan badan yang dalam keadaan berasid. Kanser tidak akan merebak pada badan yang beralkali. Pengambilan alfalfa dapat membantu menjadikan PH badan kepada alkali dan ini akan membantu melambatkan dan memberhentikan sel kanser merebak. 
    Alfalfa

    5.Vitamin C

    Vitamin C salah satu sumber yang ada antioksidan. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser. Terdapat juga kajian menunjukkan vitamin C dapat mencegah kanser. Dr. Gladys melaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, statistik menunjukkan pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencegah daripada kanser.
    Vita c plus

    6. Omega Guard

    Pengambilan OmegaGuard dapat membantu mengurangkan keradangan (inflammation).Kebiasaanya kanser adalah disebabkan oleh keradangan. 
    Omegaguard

    7. Vitalea
    Multivitamin vitalea membekalkan kesemua vitamin dan mineral untuk memastikan kesihatan tubuh. 
    mereka sangat memerlukan badan yang sihat dan bertenaga untuk melawan penyakit.
    Vitalea

    8.Vitamin B Complex
    Stress dapat membiakkan lagi sel kanser. Bcomplex juga baik untuk meredakan stress dan mengurangkan kesakitan. Bcomplex berfungsi menukar makanan yang kita makan kepada tenaga.
    Bcomplex


    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau ingin menyertai keluarga Shaklee fal #bellatrixfamily, boleh hubungi fal. Konsultasi percuma diberikan.
    Hubungi;
    0198287830
    Falinah


    Powered by Blogger.