Kisah Saya Dengan Shaklee

April 20, 2016
20.04.2016
Coretan Kisah perjalanan saya dalam Shaklee sampai naik rank Supervisor
=========================================================
Syukur pada Tuhan,akhirnya impian untuk naik rank tercapai jua.

1)Macamana boleh start biz shaklee?
Saya mula kenal shaklee pada tahun 2013 dan mendaftar sebagai member utk dapatkan harga murah dari harga runcit.ketika itu saya beli set penyusuan.Beli untuk makan sendiri.Belum terlintas utk buat biz.
Pada tahun 2015,saya hamil anak kelima dan membeli set ibu hamil shaklee pula.saya konsisten mengamalkan suplemen ini dan merasai kesan positif dari suplemen ini.Saya mula berkongsi ttg suplemen ini dgn rakan2 sekerja yg jg hamil ketika itu dan mereka turut tertarik untuk membelinya.Saya syorkan mereka utk daftar member agar dpt harga murah dan jimat dan mereka mendaftar di bawah ID saya.Pada bulan tersebut (April,2015) saya mendapat bonus shaklee hampir 1k.Dari situ timbul semangat berkobar-kobar untuk buat bisnes shaklee.Berada di dalam group pollux dan melihat sendiri kejayaan master aya chalo mencapai rank tertinggi Master Coordinator betul2 memberikan inspirasi kepada saya bahawa tiada yg mustahil untuk di capai,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Akhirnya pada bulan March 2016 saya naik rank ke supervisor.

2)Kenapa mau biz shaklee?
Saya lihat produk shaklee sangat bagus, berasaskan bahan semulajadi dan melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. Saya paling tertarik dengan landmark study dan sebenarnya itu merupakan salah satu sebab kenapa saya sangat yakin utk membuat bisnes shaklee.Walaupun mempunyai kerjaya sebagai pensyarah dan dgn income yg tetap,ia tidak menghalang saya jana pendapatan sampingan melalui bisnes shaklee.
Lagipun bisnes shaklee ni mudah,masa fleksibel,boleh dilakukan secara online atau offline dan saya turut mendapat support group yang paling bagus sekali iaitu #polluxfamily.Ahli2 dlm grup sentiasa beri galakan, berkongsi aura kejayaan,membantu antara satu sama lain,memberi idea, cadangan dan pendapat, berkongsi masalah, matlamat dan ilmu-ilmu yg berguna utk maju dlm bisnes shaklee.

3)Apa peluang yg anda nampak dlm shaklee?
Shaklee bayar bonus yg tinggi pada pengedarnya,dengan pelbagai insentif istimewa (3C) yg disediakan kepada pengedar yg layak..Bagi saya,shaklee adalah kunci kepada kehidupan yg lebih sihat sejahtera dan kunci kepada kebebasan kewangan.

4)Apa cabaran yang anda tempuhi?
Apa2 bisnes pun pasti ada cabarannya.Tidak kira bisnes itu kita buat sepenuh masa atau separuh masa.
Saya buat bisnes shaklee secara part time saja.Mmg di akui ada cabarannya.Saya bekerja office hour 8am-5pm isnin hingga jumaat.Selalunya selepas anak2 dah tidur barulah saya mula update fb dan blog.Medium FB sbg medium utama utk promo/sharing ttg shaklee.Vision board,master checklist utk 30 hari bantu saya untuk kekal fokus terhadap 'goal' yg telah saya tetapkan.

5)Apa pengorbanan?
Melakukan multitasking(bekerja,menguruskan keluarga dan anak2 yg masih kecil dan membuat part time biz shaklee) menuntut pengorbanan khususnya dari segi pengurusan masa.Selalunya saya COD produk shaklee selepas waktu bekerja iaitu selepas jam 5pm.Hubby saya dan anak2 pun ikut sekali masa COD sbb biasanya lepas hantar brg kami akan dinner bersama lepas tu.Flyers dan bussiness card adalah tool pemasaran paling mudah yg sentiasa sy bawa dlm beg.Apabila hantar anak ke klinik utk rutin check up timbang/injection,sy akan ambil peluang utk edar flyers kpd ibu2 disana dn share testimoni dan pengalaman saya sendiri menggunakan suplemen set menyusu dan set bersalin/berpantang shaklee.

Apa tips buat rakan sid lain yg ingin buat biz shaklee?
Tips berdasarkan pengalaman sy sendiri;
1)Kita mesti mencuba dan merasai sendiri produk tersebut sbb kita adalah duta produk dan customer akan mudah tertarik dan yakin kepada kita bila kita sharing ttg betapa bagusnya produk shaklee yg kita makan ni.Testimoni diri sendiri adalah yg paling terbaik.
2)Downline saya kebanyakkan join ahli utk makan sendiri.Hanya ada beberapa orang yg minat mahu berbisnes.Oleh itu,utk pastikan sales sy byk setiap bulan..sy akan target utk jual ikut set...bukan single item/produk.
3)Jgn melihat peluang yg ada dlm bisnes shaklee ni semata-mata untuk duit atau mahu kaya. Pasang niat utk bantu dan ikhlas buat bisnes shaklee sbb mau selesaikan masalah lebih ramai orang adalah lebih bermakna sebenarnya.Sudah pasti kita rasa happy kan kalau orang yg kita tolong tu akhirnya ucapkan terima kasih kpd kita sbb perkenalkan produk shaklee pada mereka.
3)Always think positive

Falinah Misol
Supervisor 
Shaklee
♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤

Hubungi saya jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang menjana pendapatan dengan shaklee.

For more info/order;
Call/pm/wa 019-8287830
Falinah ||SID1070119
FB:Falinah Fazlina
FB page: KEDAI Vitamin Kuching 0198287830
IG@falinahfazlina_vits
Blog: beautyfal.blogspot.com
COD:Kch,smrhn/pos sluruh M'sia

Powered by Blogger.