7 TIPS SEDIA BEKAL ANAK KE SEKOLAH

January 31, 2016
Tahun ni 3 orang anak fal telahpun bersekolah.Yang sulung,ryan tahun 3,yang kedua ialah fharelyne tahun 1 dan yang ketiga ialah eddy tadika.Setiap hari fal akan bangun seawal jam 5 pagi untuk sediakan bekal anak.Syukur lah setakat ni belum pernah gagal sediakan sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Di sini fal ingin kongsikan 7 tips yang fal amalkan untuk memudahkan penyediaan bekal anak.Semoga tips ini dapat membantu ibubapa di luarsana menyediakan bekal untuk anak tersayang.


Sebagai ibubapa,kita kena tahu selera anak-anak.Setiap anak berbeza.Macam anak fal,anak yang sulung dan kedua tu tak kisah sangat apakah sarapan atau bekal yang akan di bawa ke sekolah. Tapi anak yang ketiga ni,yang baru masuk tadika punyalah cerewet. Pernah sekali tu fal bekalkan nasi goreng dan nugget.Eddy minta sos tomato dalam bekalnya.Kebetulan kat rumah sos tomato dah habis.Selagi tak letak sos tomato,selagi tu dia meraung menangis dan cakap tak mahu pergi ke sekolah.Terpaksalah ayahnya pula mencari kedai runcit semata-mata untuk membeli sos tomato.Nasib baik dapat beli barulah si eddy ni pergi sekolah.


Tips yang kedua ini memang sangat-sangat membantu.Berbincanglah dengan anak tentang sarapan yang ibu akan sediakan untuk mereka.Macam fal,perbincangan tu dilakukan secara spontan semasa anak-anak tengah santai bermain.Fal tanya kepada mereka,makanan apa yang mereka suka dan minta pendapat mereka tentang senarai menu sarapan yang fal dah siapkan awal-awal lagi.Selepas mendapat pandangan anak2 barulah fal buat jadual sarapan anak-anak dan tampal di peti sejuk.Sengaja letak kat situ supaya tidak lupa menu apa dan bahan apa mahu di beli.Anak-anak juga boleh tengok sekali apa menu bekalan mereka hari esok.


Tips ketiga:sediakan bahan masakan sarapan esok pagi. Keluarkan bahan mentah dari peti sejuk bahagian beku tu pindah ke bahagian sejuk biasa.Tujuannya supaya sosej,nugget atau bahan mentah yang kita plan nak masak tu tak beku masa kita nak masak keesokan harinya.Jimat masa dan kita pun senang nak capai bahan2 tersebut nanti.Fal selalu keluarkan bahan2 tersebut sebelum masuk tidur.


Tips ke-4 ialah ibu kena bangun awal untuk sediakan sarapan.Macam fal,selalunya bangun jam 5 pagi.Jam 6.10 minit nanti bas sekolah akan sampai.Jadi fal masih ada masa yang panjang untuk sediakan bekal anak.


Tips ke-5 ialah pastikan bekas untuk di isi bekalan anak tu mudah di capai.Simpan di tempat yang sama setiap hari supaya senang nak mencarinya nanti.Fal dah pernah kena sebelum ni bilamana penutup bekas tak jumpa,botol air tak jumpa lah sebab tak simpan di tempat yang sama.So fal akan pastikan semuanya berada di tempat sepatutnya sebelum masuk tidur.

Tips ke-6: sediakan 'back up' plan.Manalah tahu kan,tiba-tiba dapur gas habis macamana nak masak kan?Jadi adalah lebih baik alternatif lain diambil untuk bekalan anak-anak.Tak semestinya bekalan itu perlu di masak.Biskut,roti atau sandwic antara pilihan yang baik untuk bekalan anak-anak.


Tips ke-7 ialah beri suplemen vitamin pada anak-anak.Kadangkala bekal yang kita beri pada anak-anak belum tentu mengandungi semua vitamin atau zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh mereka untuk tumbesaran selain daripada memastikan anak-anak kekal cergas dan bertenaga.Oleh itu,bantulah mereka mendapatkan zat-zat penting tersebut dengan memberi mereka makan suplemen vitamin setiap hari.Macam fal,selalu beri makan anak-anak multivitamin bentuk tablet boleh kunyah setiap hari dan bancuh mealshake dengan minuman kegemaran anak-anak iaitu minuman vico.



Hubungi saya di 019-8287830 jika anda memerlukan konsultasi atau rahsia pemakanan vitamin yang berkesan.
FB: Falinah Fazlina
Fan page: KEDAI Vitamin Kuching, Kedai Vitamin Sabah

5 MASALAH KESIHATAN ANAK VS MAKANAN SESUAI

January 30, 2016
Bila anak jatuh sakit,ibu bapa lah yang paling risau.Sampai tak dapat tidur lena di buatnya.Idea untuk menulis tentang ni datang apabila tiba-tiba hari ni anak fal yang no.3 tu(diddy,5tahun) jatuh sakit.Terkejut sangat apabila tiba2 guru tadika diddy telefon bagitau keadaan diddy dan minta fal ambiknya kat sekolah.Hati tak tenang semasa memandu di sepanjang perjalanan menuju ke tadika. Sampai saja ke tadika fal terus meluru masuk ke dalam tadika dan melihat diddy sedang baring di atas tilam dan di kepalanya ada saputangan basah.Kesian sungguh anak mama ni..tanpa buang masa fal dan suami terus hantar anak ke klinik kerajaan yang berdekatan.Diddy hilang selera makan dan muntah-muntah.Dah lama agaknya diddy tak jatuh sakit..rasanya kali terakhir jumpa doktor ialah tahun lepas bulan jun.
So sementara tunggu diddy ambil nebulizer ditemani ayahnya,fal pula tunggu dengan setianya sambil baca2 majalah pa&ma.Kebetulan baca tentang tips yang sangat berguna ni.So untuk kali ni fal nak kongsikan 5 masalah kesihatan anak yang sering di hadapi oleh ibubapa di luar sana dan bagaimana menghadapinya.Biasanya anak yang kurang sihat kurang selera untuk makan.Sebagai ibubapa,janganlah memaksa mereka untuk makan tetapi usah juga biarkan mereka langsung tidak makan.Carilah menu yang sesuai dan dapat terus membekalkan nutrien kepada mereka.Demam,selesema,sakit tekak,cirit-birit dan muntah-muntah adalah masalah kesihatan lazim yang sering menyerang kanak-kanak.Jom ikuti tips ini dan semoga ianya bermanfaat untuk semua pembaca khususnya yang bergelar ibubapa di luar sana.Terima kasih kerana sudi singgah di blog fal ni ya..Doakan anak fal supaya cepat sembuh.Amin😊






Berikut merupakan cadangan suplemen shaklee untuk kesihatan kanak-kanak.Sebenarnya anak-anak fal juga mengambil multivitamin vitalea for kids dan minum mealshake.Syukur..sejak ambik suplemen ni,anak-anak jarang sakit.Macam anak fal yang sedang sakit sekarang ni,sebelum kenal shaklee,hampir setiap bulan diddy ambik neb..tapi sejak ambil suplemen ni kadar melawat ke klinik semakin berkurangan.Cuma kita sebagai ibubapa kadang-kadang tidak menjangka bila anak-anak akan jatuh sakit.Jadi,sebelum ianya berlaku baik "sediakan payung sebelum hujan".Fal akan teruskan memberi suplemen ni kepada anak2 supaya sistem keimunan tubuh mereka semakin kuat dan tidak mudah jatuh sakit.




Jika anda mementingkan vitamin yg semulajadi, selamat dan berkesan, semestinya anda memilih vitamin Shaklee. Hubungi saya di 019-8287830 atau follow my IG @falinahfazlina_vits jika anda memerlukan konsultasi dan rahsia pemakanan vitamin yang berkesan. 

8 MASKER BUAH-BUAHAN PALING POPULAR

January 30, 2016
Hari ni fal ingin kongsikan petua kecantikan kulit iaitu Masker muka...
Tahukah anda, masker yang paling berkesan mengecilkan liang roma, menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah agar tidak kelihatan kusam ialah masker yang di buat daripada buah-buahan.
Resepi membuat masker sangatlah mudah. Cuma perlu parut atau kisar buah-buahan dan campur dengan yogurt asli( jika ada)..ataupun campur dengan madu,kemudian ratakan pada muka. Biarkan selama 15 hingga 30 minit, kemudian barulah bilas muka dengan air yang bersih dan lap muka dengan tuala yang bersih. Fal pernah terbaca suatu artikel yang menyatakan, semakin kerap kita memakai masker buah-buahan, maka kulit kita juga akan sentiasa terasa segar, tidak kering dan kusam.

Selalunya dalam seminggu tu, fal pakai masker 2 kali sahaja.ok la kan..daripada tak rawat muka langsung. Tapi resepi masker yang fal buat lain sedikit berbanding dari resepi atas tu. resepi ada kat bawah ni. Satu adunan masker ni boleh guna untuk 2 sesi, so bolehlah simpan dalam peti sejuk.
 Diberi nama Beautyfal masker.hihi..saja2 nak bagi nama sebab yang ni fal punya version.

1 biji tomato + 1 bii putih telur + satu sudu esp + setengah biji vit c

ESP dan Vitamin C shaklee ni adalah antara set kecantikan kulit yang popular di kalangan pengguna tegar shaklee. Biasanya Fal minum segelas ESP sebagai sarapan dan makan 1 biji vitamin  C setiap hari.

Jom kita tengok 8 buah-buahan yang paling popular untuk dijadikan masker muka!Lepas ni bolehlah rajin2 buat masker muka.hihi..









Jika anda mementingkan vitamin yg semulajadi, selamat dan berkesan, semestinya anda memilih vitamin Shaklee. Hubungi saya di 019-8287830 atau follow my IG @falinahfazlina_vits jika anda memerlukan konsultasi dan rahsia pemakanan vitamin yang berkesan. 

3 TIPS MEMASAK CEPAT UNTUK SI IBU

January 30, 2016

Entry kali ni fal nak kongsikan tentang 3 tips memasak cepat untuk ibu.Sebenarnya fal sendiri juga praktikkan tips ini.Setiap hari,isnin hingga jumaat fal bekerja dari pagi hingga ke petang.Kena bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah dan masak terus untuk makan tengahari anak2 bila mereka balik dari sekolah nanti.Pada awalnya,sebelum praktikkan 3 tips ini,memang nampak agak kelam kabut sikit kat dapur tu.Kadang-kadang sebab tak sempat masak maka fal terpaksa beli makanan dah siap dari kedai makan.Sebenarnya air tangan ibu lebih bermakna dan lebih dihargai oleh keluarga.Kesedaran juga timbul bilamana anak2 fal beritahu yang mereka lebih suka makanan yang fal masak.Setiap hari anak-anak fal akan membawa bekal ke sekolah hasil air tangan ibu mereka.
Jom tengok 3 tips ini dan semoga ianya dapat membantu ibu-ibu yang sibuk dan bekerjaya menyediakan masakan untuk keluarga tersayang😊



Untuk memastikan fal kekal bertenaga dan cergas dalam menguruskan keluarga,fal amalkan pengambilan suplemen setiap hari iaitu set kesihatan optimum wanita.Ianya terdiri daripada ESP,omegaguard,GLA dan ostematrix. Ibu-ibu di luar sana boleh amalkan suplemen ni.Jika ibu jatuh sakit,tentu sekali ia boleh menjejaskan tugas harian kita.

Jika anda mementingkan vitamin yg semulajadi, selamat dan berkesan, semestinya anda memilih vitamin Shaklee. Hubungi saya di 019-8287830 atau follow my IG @falinahfazlina_vits jika anda memerlukan konsultasi dan rahsia pemakanan vitamin yang berkesan.

15 FAKTA OTAK MANUSIA

January 29, 2016
Kali ni fal nak kongsikan 15 fakta tentang otak manusia.tiba2 pula terlebih rajin buat poster berangkai tentang topik ni.Idea penulisan selalunya datang secara spontan..bilamana fal pada minggu lepas terlepas tarikh temujanji klinik anak yang nombor empat tu(niko,2 thn5 bulan)..nasib baikla timbang saja,tiada injection. Pada hari tersebut,fal busy dgn tugas sbg pengarah program perhimpunan staf bulanan poliku.Hubby pula outstation dan tugas mengambil anak dari sekolah fal kena buat.Disebabkan kepala serabut dengan macam2 perkara,akhirnya terlupa temujanji klinik anak.Jom tengok 15 fakta2 menarik mengenai otak manusia😊
















Powered by Blogger.