KAEDAH 'SPONGING' TURUNKAN SUHU PANAS BADAN

Risaukan bila anak demam.Lagi bertambah risau jika anak terkena sawan. Bila malam menjelma suhu badan anak pula semakin tinggi. 


Fal risaukan anak keempat fal, si niko. Ketika fal menulis entry ini, fal berada di hospital menemani niko yang demam panas. Doktor menasihati fal untuk melakukan kaedah 'sponging'. Kaedah ini sebenarnya lebih baik berbanding memberikan ubat paracetamol dengan kerap kerana ia boleh merosakkan hati. Doktor sendiri yang berkata begitu kepada fal.

Sebelum fal terangkan lebih lanjut tentang kaedah 'sponging', fal ingin terangkan dulu apakah DEMAM PANAS?
Ia sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria.

Bahagian hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan.Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.

Suhu badan normal biasanya 36 - 37.4 darjah celcius. Anak akan demam jika suhu seperti berikut;

1.Demam ringan : 37.5 - 38.4 darjah celcius
2.Demam biasa : 38.4 - 39.9 darjah celcius
3.Demam tinggi : 40 - 41. 4 darjah celcius

Sebenarnya Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius.

Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan sentiasa galakkan anak minum air dengan banyak. 

Lakukan kaedah 'sponging' untuk menurunkan suhu badan anak.

Cara-cara untuk melakukan kaedah 'sponging':

1. Sediakan air suam dalam besen dan sediakan 4 helai tuala kecil.

2. Rendamkan tuala dan perahkan airnya.

3. Kemudian lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama.Lipat kain tuala dan letak di atas dahi anak.

4. Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak dan biarkan tuala kedua dan ketiga di celah ketiak kiri dan kanan anak.

5. Akhir sekali, lapkan air suam pada peha dan celah paha anak menggunakan tuala keempat.

6. Ulangi langkah tersebut setiap 5 minit selama 30 minit.

Malam ini, fal akan buat kaedah 'sponging' ini pada niko. Moga anak fal ni akan cepat sembuh.

Ok, itulah dia sharing dari fal untuk kali ini.Moga ianya bermanfaat buat ibubapa di luar sana.

7 comments:

  1. kaedah yg bagus, tq sharing

    ReplyDelete
  2. Admitted ka anak ko Fal, get well soon. Musim sakit skrg ni kan. Sy hari tu pun sikit mau bawa pi hosp sbb demam Awal pun mau 2 hari nda turun2. Trus jadi zombie sbb memalam pun buat sponging ni. Huhu

    ReplyDelete
  3. Iya sponging bagus sebagai ikhtiar bagi paracetamol apalagi Kalau anak selalu demam

    ReplyDelete
  4. Good tips, boleh cuba nnt bila anak sakit demam

    ReplyDelete
  5. bagus oh ni.. sy lagi mom yg bru mau belajar2 jaga anak..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.