Pengalaman Menyertai BLNC 2018 Shaklee

Dua hari lepas iaitu pada 3 Februari 2018, fal ada menyertai conference iaitu Shaklee Bussiness Leader Conference atau singkatannya BLNC. Event ni diadakan sekali setahun bertempat di Sunway convention centre dan dihadiri oleh leader atau pemimpin perniagaan dari seluruh Malaysia.

BLNC 2018
Fal bangun seawal jam 4 pagi dan mengambil flight dari kk ke KL pada jam 5.50am. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. Kemudian setibanya di airport terminal 2 Airasia, fal dan kawan-kawan menaiki GRAN car yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selesai event iaitu lebih kurang jam 4.30pm, fal terus bergegas ke airport untuk mengambil flight KL ke KK jam 8.50pm.

Event ni memang event yang dinanti-nantikan oleh leader-leader shaklee. Sepanjang majlis, terdapat banyak kejutan- kejutan yang Shaklee berikan sehingga mampu membuatkan kita menitiskan air mata. Bukan senang sebenarnya untuk mendapat tempat sebagai seorang leader kerana tanpa usaha gigih, tidak mungkin mampu untuk berada di tempat ini. 
Syukur pada Tuhan, fal diberikan kesempatan untuk menghadirkan diri. Ini merupakan kali kedua fal menyertai BLNC.


Apa yang ada di BLNC Shaklee?

1. Ucapan dari CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett.
Kalau tahun lepas, CEO Shaklee Corporation turun ke Malaysia untuk bertemu dengan leader di negara ini, tapi kali ini beliau tidak dapat hadir dan menyampaikan 'live video streaming' dari US.

CEO Shaklee Mr.Roger Barnett

2.  Ucapan dari Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam.
Ucapan dari beliau memang ditunggu-tunggu kerana terdapat banyak elemen surprise dalam ucapan beliau. Beliau membentangkan bisnes plan shaklee untuk cycle 2018/ 2019.

3. Pelancaran YOUTH Skincare  
Yang paling mengujakan sudah tentu pelancaran YOUTH Skincare. Forum telah diadakan dan antara vip penting yang telah dijemput ialah Chris Kyrou, Vice President Beauty Research & Development Shaklee Corporatin. Beliau ni saintis yang terlibat dalam menghasilkan YOUTH. Dan seorang lagi ialah pakar dalam industri kecantikan bertaraf antarabangsa yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun iaitu Virgine Descamps turut dijemput sebagai speaker.

4. Pembelian YOUTH Skincare khusus untuk leader.
Masa conference ini, setiap leader dibenarkan untuk membuat pembelian sebanyak 2 set dengan penjimatan sehingga RM460 untuk setiap set. Di datangkan dengan starter kit YOUTH yang presentable berwarna serba putih, pastinya buat fal teruja gembira dan tidak sabar mahu gunakannya sebagai tool bisnes untuk melariskan jualan Youth Skincare. 

YOUTH Skincare Shaklee
Ada banyak lagi perkara hebat dan menggembirakan berlaku semasa event ini. Fal berpeluang bertemu dengan upline dan sideline dari insfirefamily,polluxfamily, titanium family & ireach family, beramah-mesra dengan mereka dan berkongsi tips-tips bisnes untuk memajukan lagi bisnes shaklee.

Ireach

Sesungguhnya pengalaman menyertai BLNC suatu pengalaman yang menyeronokkan. Tahun depan pasti fal akan hasir lagi.


8 comments:

  1. Bestnya fal
    Harap tahun depan sy ada peluang gini

    ReplyDelete
  2. Moga sy pun ada rezeki pgi sana

    ReplyDelete
  3. Yes, join kita next year

    ReplyDelete
  4. Mau join bila msa akan dtv nnt

    ReplyDelete
  5. 2kli da terlepas ni, harap tahun depan sy p

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Moga slps ni sy juga berpeluang ke BLNC.

    ReplyDelete
  7. best betul pg BLNC ni, jom kita ramai2 join next year

    ReplyDelete

Powered by Blogger.