TIPS UNTUK ATASI SAKIT TEKAK

Baru-baru ini fal kurang sihat sehingga kan tekak sakit apabila menelan makanan atau minuman. Fal pun cubalah cari petua bagaimana untuk sembuhkan sakit tekak ni.
Info ni fal petik dari sebuah website kasihpetua.com


Jom kita lihat apakah 8 petua mengatasi sakit tekak.


1. Air dan Garam
Panduan:
  1. Sediakan satu gelas air suam.
  2. Campurkan ¼ susu teh garam ke dalam gelas, aduk.
  3. Gunakan untuk berkumur.
  4. Bila ada, Anda boleh memberi satu sudu makan Listerine untuk menyokong pembunuhan kuman.


Jangan pakai air sejuk sebab tidak berkesan. Adalah lebih baik gunakan air suam. Air garam suam mampu melegakan sakit tekak dengan cara menghapuskan dan meneutralkan asid di tekak, mengurangkan rasa terbakar dan kesakitan pada tekak, serta mempercepat proses penyembuhan saluran tekak. Ingat, ramuan ini cukup dijadikan ubat kumur, bukan diminum (ditelan).
Add caption

2. Air Putih
Air menjadi sumber kehidupan, Anda pasti setuju itu. Kekurangan cecair di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, seperti tekak menjadi kering dan berhujung sakit. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang murah dan boleh didapati di mana saja adalah air mineral. Air akan membantu mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat mukosa atau dinding saluran tekak sentiasa lembap.

3. Air dan Limau
Ubat sakit tekak berkesan:
  1. Ambil air masak sebanyak satu gelas.
  2. Perah buah limau, dan ambil air perahan sebanyak satu sudu makan.
  3. Minum ramuan tersebut sehingga keadaan radang pada tekak boleh reda.


    Limau boleh dipakai untuk memberi kesegaran pada tekak. Di dalamnya terdapat kandungan astringen yang diperbincangkan boleh menjadi petua hilangkan sakit tekak dan hilang suara semulajadi. 

    4. Teh Hangat
    Teh mempunyai antioksida yang boleh menyokong tubuh untuk memberi perlawanan terhadap jangkitan dan keadaan keradangan yang menyebabkan sakit pada tekak. Anda boleh menambah perasan lemon dan madu ke dalam teh hangat untuk meningkatkan khasiatnya dalam melegakan sakit tekak.

    5. Madu
    Di dalam madu yang berasa manis ini ada sifat anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak. Anda boleh minum madu dengan air suam ataupun dicampur teh.


    6. Air Cengkih 
    Air cengkih merupakan bahan rempah yang boleh digunakan untuk merawat sakit tekak. Ia bersifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi keadaan kurang menyenangkan pada saluran tekak.
     Cara-caranya penyediaabln:
    1. Sediakan 1 - 3 sudu teh serbuk cengkih.
    2. Masukkan ke dalam satu gelas air masak, kacau sebati.
    3. Berkumur beberapa kali dengan air tersebut.


    7. Sup Ayam
    Sup ayam adalah makanan yang disyorkan untuk mengubati batuk. Ternyata, ini juga sesuai buat pesakit sakit tekak. Dalam kuah sup ayam mengandungi natrium yang boleh melegakan radang tekak. 


    8. Jangan Banyak Gerak
    Kemungkinan sakit tekak merupakan isyarat agar tubuh berehat. Jadi sebaiknya kurangkan aktiviti fizikal dan banyakkan berehatlah. Kurangkan  juga bercakap untuk rehatkan tekak kita.

    Oklah..moga perkongsian tips di atas dapat membantu anda mengatasi masalah sakit tekak.

    Fal sudahpun praktikkan beberapa tips di atas. Disamping itu, fal juga mengambil nutriferon, garlic dan vitamin c kerana ketiga-tiga suplemen ni juga bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan sakit tekak. Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan interferon semula jadi yang menyokong sistem ketahanan badan (sistem imun) terhadap sebarang jangkitan kuman dan bakteria.Garlic complex pula bersifat antibiotik. Sementara vitamin c membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ia bantu kurangkan demam, selesema dan batuk. Juga bantu penghasilan sel darah putih yang menghalang perkembangan bakteria jahat yang wujud dalam badan.

    Nutriferon
    Garlic Complex
    Vita C plus
    Jumpa lagi di entry yang akan datang ya😀

    7 comments:

    1. Thank you tips.. ngamlah ni tips sebab sy pun macam mau ada sakit sakit tekak oo skrg.. hehe..

      ReplyDelete
    2. Tq for sharing. Musim panas di sini memang sakit tekak mudah menyerang.

      ReplyDelete
    3. tq tips, mmg sy senang ni kena sakit tekak kdg2 teruk bole kena tonsil

      ReplyDelete
    4. Mau cuba tips ni klu sakit tekak melanda

      ReplyDelete
    5. ohhh no.. bencinya.. nampak ayat sakit tekak ja pun rasa mcm sudah kena sakit tekak. hahaha!

      ReplyDelete

    Powered by Blogger.