SUPLEMEN PENTING ATAU TIDAK??

SUPLEMEN PENTING ATAU TIDAK??
==============================
Luangkan masa anda seketika utk baca 10 SEBAB
untuk anda mempertimbangkan menambah diet anda dengan nutrien yang berkualiti tinggi spt suplemen SHAKLEE;

Suplemen penting atau tidak

1. Teknik pertanian komersial masa kini meninggalkan tanah dengan kekurangan mineral penting, menyebabkan makanan yang ditanam di dalam tanah ini turut berkongsi kekurangan mineral sama.

2. Banyak makanan dihantar jauh dan disimpan untuk jangka masa yang lama, kedua-duanya menyebabkan pengurangan vitamin dalam makanan ini, termasuk vitamin B-kompleks dan C yang penting.

3. Pemprosesan makanan, memasak dan mengawet membawa kepada kekurangan nutrien dalam bekalan makanan kita yang menjadikan ia sukar untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi daripada makanan semata-mata.

4. Banyak buah-buahan, sayur-sayuran dibiak secara genetikuntuk meningkatkan daya tarikan dan hasil tanaman yang akhirnya menyebabkan nilai-nilai nutrisi berkurangan.

5. Tabiat makan yang tidak menentu, kunyahan makanan tidak mencukupi, makan tergesa-gesa dan tekanan menyumbang kepada masalah penghadaman, menjadikannya sukar bagi badan kita untuk mendapatkan semua nutrien daripada makanan.

6. Penggunaan dadah/ubat farmaseutikal telah meningkat dari masa ke masa. Kebanyakan ubat mengurangkan nutrien penting yang diperlukan.

7. Fasa khusus dalam kehidupan dan keadaan kesihatan boleh menyebabkan keperluan terhadap nutrien tertentu menjadi lebih tinggi. Sebagai contoh, keperluan asid folik cenderung untuk menjadi lebih tinggi semasa mengandung manakala wanita menopaus mungkin terdedah kepada kekurangan kalsium.

8. Peningkatan tahap pencemaran alam sekitar di udara, air dan makanan boleh menyebabkan badan kita menggunakan lebih banyak nutrien daripada biasa untuk menyahtoksik dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya. Terutamanya vitamin antioksidan, termasuklah “Vitamin ACE” iaitu Vitamin A, C, dan E.

9. Kelemahan genetik, termasuk keperluan yang lebih tinggi kepada beberapa nutrien, kekurangan nutrien tertentu dalam kadar lebih tinggi dan kemungkinan peningkatan pengekspresan genetik beberapa penyakit jika kekurangan vitamin atau mineral berlaku.

10. Banyak nutrien telah terbukti dapat mencegah atau membantu dalam rawatan masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, arthritis, kecacatan kelahiran dan kanser.

For more info/order;
Pm/whatsapp/call
0198287830
Falinah || SID 1070119
FB: Falinah Fazlina
FB Page: KEDAI Vitamin Kuching 0198287830

No comments

Powered by Blogger.