Pengalaman Hari Pertama Persekolahan & Tips Mengatasi Separation Anxiety

Lama tidak update blog ni. Rasa rindu pula menulis di blog. Entry kali ini fal ingin kongsikan pengalaman hari pertama dan kedua persekolahan anak bongsu, Adrian James Rackford atau lebih manja dengan panggilan ian. Selain itu, fal juga mahu kongsikan tips untuk mengatasi 'separation anxiety'.



Hari Kedua Persekolahan;
Rupanya inilah yang dipanggil "Separation anxiety". Masa anak no.1 - 4, tiada pula risau betul masa pertama kali hantar dorang ke tadika.


Tapi berbeza dengan si ian. Mungkin sebab dia anak bongsu dan paling manja dgn saya. Umur ian tahun ni masuk 4 tahun. Saya dan hubby sepakat mau hantar dia ke tadika. Abang dia si niko 6 tahun, pun sekolah sini juga.

Hari ini hari kedua ian pergi sekolah tadika. Hari kedua..masih menangis sama seperti hari pertama persekolahan. Saya pula yang  menahan sebak dan bimbang  kalau dia menangis berterusan setiap kali ditinggalkan di tadika. Tapi bapa dia cakap jangan risau, pasti ian ok ok saja tu. Macam abang2 dan kakak dia.

Bercakap tentang" separation anxiety", biasanya hari pertama di tadika, bukan perasaan anak sahaja yang bercampur baur, ibu bapa juga berperasaan demikian terutama ibu bapa yang hantar anak ke tadika buat pertama kali. Rasa berdebar, bersalah, tidak sanggup dan sebagainya akan menghantui ibu bapa. 

Panduan untuk Ibu Bapa

1) Bawa anak ke tadika dulu sebelum persekolahan bermula, mungkin pada masa ibu bapa survey tadika mana yang paling sesuai untuk anak. Ini dapat membantu anak tahu serba sedikit persekitaran dan apa yang akan dilakukan di tadika. 

2) Buat persediaan awal sebelum hari pertama persekolahan. Siapkan pakaian, beg sekolah, kasut anak dan sebagainya. Begitu juga persiapan untuk ibu bapa supaya tidak kelam kabut pagi sebelum ke sekolah. Jika ibu bapa kelam kabut, risau dan sebagainya akan beri kesan kepada emosi anak. 

3) Rancang aktiviti yang akan dilakukan bersama selepas waktu sekolah. Beritahu anak supaya anak tahu ibu bapa akan datang semula dan tidak biarkan dia di tadika untuk jangka masa yang lama. 

4) Bila ibu bapa hendak beredar dari kawasan sekolah, ringkaskan ucapan perpisahan seberapa mungkin. Terus berlalu dengan tenang walaupun anak menangis. 

5) Bila ambil anak di sekolah selepas waktu persekolahan, peruntukkan tempoh tenang dulu sebelum mulakan aktiviti yang telah dirancang.

6) Cium dan peluk anak sekerap mungkin. Tenang dan tabah hadapi separation anxiety. Selalunya separation anxiety tidak ambil masa lama.

7) Beri kata-kata galakan positif kepada anak seperti "...dah pandai pergi sekolah..., dah cuba pakai kasut sendiri...." Pencapaian anak walau sedikit perlu diraikan. 

8 ) Berbincang dengan Principal atau guru tentang separation anxiety atau kebimbangan anda. Selalunya mereka tahu apa yang perlu dibuat. Jika perlu beritahu guru perkara yang boleh menenagkan anak anda.

9) Ada hari-hari anak buat perangai tidak mahu ke sekolah atau mereka minta lebih perhatian dari anda sebagai syarat untuk ke sekolah. Layan permintaan mereka buat sementara waktu hingga mereka rasa selesa atau gembira ke sekolah. 

10) Jangan bandingkan anak anda dengan anak orang lain. Setiap kanak-kanak melalui separation anxiety dengan cara dan tempoh berbeza. Ibu bapa yang sentiasa beri sokongan kepada anak-anak akan mudahkan proses transisi dari rumah ke tadika. 

Semoga dipermudahkan. Selamat kembali ke sekolah.

Credit: Teacher Nazira, Bestari Edukid Centre.

#racfal_kids

1 comment:

Powered by Blogger.