Fahami Konsep Supply And Demand Dan Kepentingan Suplemen Milkbooster

Setiap wanita yang bergelar ibu pastinya ingin memberikan yang terbaik untuk bayinya. Sebab itu ramai wanita memilih untuk menyusukan bayi mereka sendiri kerana bagi mereka susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Teringat dulu, Fal juga menyusukan bayi Fal sehingga berumur 2 tahun lebih.   Suatu pengalaman yang amat berharga. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.


Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai punca yang dikhuatiri mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah.
Untuk entry kali ini Fal ingin kongsikan tentanf konsep 'supply and demand'.
Tahukah anda apa itu ‘supply and demand’?
Para ibu perlu tahu bahawa lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘supply and demand’. Susukanlah bayi anda sekerap mungkin. Bayi seharusnya disusukan mengikut kehendak mereka. Tiada waktu dan jumlah susu yang tetap untuk seseorang bayi. Perut bayi sangat kecil semasa lahir dan susu yang diperlukan juga memadai untuk perut mereka.
Susu yang dihasilkan oleh payudara anda sebenarnya cukup untuk bayi anda mengikut umurnya. Jadi jangan bimbang jika bayi kerap merengek walaupun sudah menyusu beberapa kali. Naluri bayi ingin selalu didakap dan dibelai terutamanya oleh ibu mereka. Adakalanya bayi yang merengek bukan mahu menyusu tetapi hanya inginkan bau ibu serta sentuhan kulit ke kulit (skin contact) yang menenangkan mereka. Mereka akan mudah terlena di dalam dakapan ibu.

Salah satu hikmahnya menyusukan bayi iaitu dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Bermula dari dalam rahim bayi dikendong oleh ibu dan setelah lahir mereka masih ingin berasa selesa seperti di dalam kandungan. Maka dakaplah bayi anda dan berikanlah anak anda susu pada bila-bila masa yang mereka mahu. Selain mendapat khasiat dari susu ibu, bayi juga akan gembira dan tidak meragam.
Selain dari tips diatas, ibu menyusu bayi juga perlu mengambil suplemen yang boleh bertindak sebagai perangsang susu(Milkbooster). Sebagai contoh, mengambil ESP Shaklee.
ESP product hot shaklee kerana majoriti ibu menyusu memilih shaklee sebagai makanan tambahan harian mereka. 
ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.
Lihat sendiri testimoni dibawah ini. Mereka antara ibu menyusu bayi yang sangat berpuas hati dengan kesan positif ESP.

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3



UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/TEMPAHAN, HUBUNGI SAYA DI 0198287830 ATAU KLIK LINK WHATSAPP
http://FalinahShaklee.wasap.my
http://FalinahShaklee.wasap.my


1 comment:

  1. Esp memekatkan air susu ..baby cepat kenyang dan lena tidur

    ReplyDelete

Powered by Blogger.