TIPS BERSALIN :Teknik Cepatkan Bukaan Rahim

PENGALAMAN BERSALIN & TEKNIK CEPATKAN BUKAAN RAHIM UNTUK ELAKKAN OVERDUE DAN KENA INDUCE

(Week 38,2nd week of september 2015)
hi all ^_ ^

Minggu ini kandungan Fal akan masuk minggu yg ke-38. Walaupun baby bump semakin besar dan sarat, tetapi tetap bertenaga sebab Fal amalkan pengambilan Suplemen Set Hamil Shaklee dari awal usia kandungan lagi. Fal syorkan kepada ibu-ibu diluar sana untuk turut mencuba set hamil shaklee ini sebab memang BEST! Begitu cepat masa berlalu.Ini merupakan pengalaman bersalin anak yang ke-5 buat diri Fal.Walaupun sudah ada pengalaman bersalin sebelum ini namun perasaan berdebar tu tetap ada. Keempat-empat anak Fal sebelum ini dilahirkan awal beberapa minggu. So, naluri Fal mengatakan anak yang ke-5 ini pun bila-bila masa boleh dilahirkan. Yang buatkan Fal risau ialah, suami pula outstation minggu ini dari hari Khamis hingga Ahad. Minta-minta la Fal belum lagi bersalin sehingga la suami balik nanti. Dan minggu ni dapat pula panggilan kursus Coaching-Mentoring untuk Pegawai DH44 yang akan dilaksanakan pada minggu hadapan. Masa tu dah nak masuk minggu yang ke-39. Fal berharap sangat agar sempat mengikuti kursus tersebut sebab kursus tersebut wajib untuk Pegawai DH44. Jika terlepas kursus tersebut, tak tahu bila lagi akan ditawarkan semula. Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau sekiranya bayi dalam perut Fal ni memang dah nak keluar melihat dunia, Fal bersedia dan terima segalanya.




Pengalaman Pertama 

Anak pertama Fal , Ryan Joshua lahir pada usia kandungan Fal 39 minggu. Teringat pesan doktor, kalau ada tanda-tanda nak bersalin cepat-cepat pergi ke hospital. So sekitar jam 5 pagi tu, Fal lihat ada sedikit bleeding + lendir so apalagi, cepat-cepat kejutkan suami yang sedang tidur ketika itu. Beg berisi keperluan bayi dan ibu selepas bersalin memang Fal dah sediakan awal-awal lagi. So pagi tu kami ke hospital umum. Bila cek bukaan rupanya baru 1cm dan kontraksi memang Fal dah boleh rasa selang 10 minit begitu. Ryan atau panggilan manjanya Boboy dilahirkan tepat 12.43 am dengan berat 3.53kg pada hari berikutnya.Sepanjang masa suami berada di sisi sehingga lah saat bayi dilahirkan. Bayangkan berapa lama Fal terpaksa menanggung sakit kontraksi tapi syukur sangat sebab dapat melahirkan bayi secara normal.Sekarang usia Boboy sudah masuk 8 tahun.

Pengalaman Kedua

Anak kedua Fal, diberi nama Fharelyne Joeyna atau nama manjanya Wewen.Sekarang sudah berusia 6 tahun.Anak perempuan Fal ni lahir pada usia kandungan Fal 37 minggu . Bila nampak ada tanda-tanda bersalin seperti bleeding + lendir + kontraksi, Fal tidak terus bergegas ke hospital seperti pengalaman sebelum ini sebab tahu nanti kena tunggu lama di hospital. So bila dah rasa kontraksi dah kuat dan selang 5 minit begitu barulah Fal dan suami bergerak ke hospital. Sampai di Hospital, cek bukaan rupanya dah 6cm, terus doktor pecahkan air ketuban. Dan dalam masa 10 minit begitu bayi pun terus keluar. Teringat masa tu, tak sempat panggil suami masuk labor room dan macam kelam-kabut sedikit Fal lihat sebab nurse pun belum ready lagi dengan peralatan untuk sambut bayi. Wewen dilahirkan secara normal pada 3 Oktober 2009 tepat jam 5.30am dengan berat 2.6kg. Terkejut juga sebab sehari sebelum tu doktor ada scan kandungan Fal dan doktor anggarkan berat bayi ketika itu 3.5kg. Kadang2 doktor pun boleh silap jugakan.

Pengalaman Ketiga

Anak ketiga Fal, lahir pada usia kandungan 38 minggu iaitu pada 29 Jun 2011 tepat jam 10.50pm dengan berat 3.2kg. Seorang bayi lelaki, diberi nama Eddy Isaiah atau nama manjanya Diddy. Sekarang sudah berumur 4 tahun. Tanda-tanda bersalin masih sama iaitu bleeding+lendir+kontraksi.Bila dah rasa kontraksi makin kuat dan rapat, barulah Fal dan suami bergerak ke hospital.Kali ini, nurse sempat panggil suami untuk masuk labor room sekali.Air ketuban dipecahkan, dan dalam masa sejam tu Diddy pun selamat dilahirkan secara normal.

Pengalaman Keempat

Anak keempat Fal pun seorang bayi lelaki, diberi nama Nicholas Paul dan nama manjanya Niko. Lahir pada 11 Julai 2013 tepat jam 4.50am dengan berat 3.57kg. Sekarang Niko sudahpun berumur 2 tahun. Tanda-tanda bersalin masih sama seperti pengalaman sebelum ini iaitu kontraksi+bleeding+ lendir. Dan seperti biasa, Fal hanya bergerak ke hospital setelah merasakan kontraksi kuat dan rapat sebab tak nak menunggu lama di hospital.Air ketuban dipecahkan apabila bukaan masuk 6cm dan dalam masa satu setengah jam,Niko selamat dilahirkan secara normal dengan suami sentiasa berada di sisi Fal.

TEKNIK CEPATKAN BUKAAN RAHIM UNTUK ELAKKAN OVERDUE DAN KENA INDUCE

Semalam sempat singgah blog  ummuayyash.com dan dapatla beberapa tips untuk cepatkan bukaan rahim. Tapi tips ini rasanya Fal akan amalkan selepas suami balik nanti iaitu minggu depan sebab risau kalau Fal amalkan sekarang takut bersalin pula, dah la suami outstation minggu ni.hehe

Menurut nukilan blogger tersebut, beliau amalkan teknik tersebut selama dua hari dan pada hari kedua tersebut beliau terus mendapat tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kuat. Teknik ini bagus untuk mengelakkan overdue dan kena induce untuk lahirkan bayi. So, jom kita tengok apakah teknik-teknik tersebut ya..

1. Banyakkan berjalan
Amalkan berjalan-jalan, boleh buat kat rumah dengan berjalan berpusing-pusing didalam rumah. Buat kerja rumah seperti biasa, dan lepas tu memang fokus berjalan je.  

2. Naik turun tangga
Amalkan naik turun tangga. Jika tiada tangga, naik turun atas kerusi kecil pun boleh, seolah-olah nampak macam naik turun tangga.Buat ulang-ulang sampai badan rasa letih. Rehat kejap. Kemudian buat semula. Sepanjang hari.

3. Berjalan itik
Amalkan jalan itik.

4. Duduk bersila dengan dua tapak kaki bertemu
Duduk bersila dengan dua tapak kaki bertemu.

Kawan Fal ada suggest minum minyak kelapa dara supaya mudah bersalin so Fal pun beli la tapi next week baru start minum satu sudu setiap hari dan amalkan teknik-teknik di atas. Oh ya, suami outstation sebab bawa pelajar dia bertanding kat Uitm Shah Alam..something about concrete strenght competition. Good luck dear, semoga balik dengan membawa kemenangan ya.:-)

To be continued☺

Pengalaman kelima

Entry yg ditunggu-tunggu.Akhirnya berkesempatan juga utk meng'update blog ni.hehe.😊
Ketika fal menulis blog ni,baby adrian baru berumur 14 hari.Nama penuh di beri ialah Adrian James Rackford.Dilahirkan pada 27.09.2015 tepat jam 6.50pm hari Ahad.
So..berkesan ke teknik yg fal share kan di atas?bagi fal..mmg berkesan.fal cuma amalkan 2 dari 4 teknik tersebut.Apabila masuk minggu ke-39,fal mula amalkan tips tersebut sbb risau jika overdue pula.hihi😅
So..pagi 27hb september,fal mula amalkan tips #1..berjalan byk2 di dalam rumah.Pagi tu..rutin fal bermula dgn mandikan anak2 dulu..lepas tu masak lunch anak2 dn suami.Fal sengaja kehulu-kehilir berjalan di dalam rumah dan diselang-selikan dengan turun-naik katil.kebetulan katil ni rendah..so senang untuk melangkah turun-naik berulangkali.hah..yg ini sebenarnya tips #2..Selepas puas praktikkan 2 tips tersebut..fal berehat sekejap sambil tidurkan anak yg bongsu(niko). Sekitar jam 3pm..fal rasa perut mengeras semacam ja dan kontraksi yg semakin kuat.Tengok jam..kontraksi setiap 5 minit.Ada bleeding coklat blendir..sah.mmg inilah tanda2 fal akan bersalin tak lama lagi.Kebetulan suami pula pg kedai laundry keringkan kain baju.so fal kol suami suruh balik cepat2 sbb risau jg kalau tak sempat pg hospital.Fal sempat mandi bersihkan tubuh dan ambil suplemen shaklee.Fal bancuh segelas ESP dan minum untuk bekalkan tenaga untuk meneran nanti,sempat makan 4 biji ostematrix untuk pinggang yang sakit dan 2 biji bcomplex untuk redakan stress menahan sakit kontraksi.
Jam 4pm,suami hantar fal ke hospital umum sarawak.Doktor cek bukaan rahim,baru 4cm.Sekitar jam 5pm,doktor scan baby dalam perut fal.Doktor anggarkan berat baby dalam 4kg.So doktor sarankan buat pembedahan@cezar utk keluarkan baby.Doktor panggil suami fal utk bincang bersama.Kalau ikutkan fal mau bersalin normal.Kesemua anak sebelum ini pun dilahirkan secara normal.Namun apabila doktor kata baby besar 4kg ke atas perlu melalui prosedur cezar disebabkan risiko tinggi utk baby mgalami 'brain damage',lemas dsb..suami pun ambil keputusan bersetuju dgn saranan doktor tadi.Jauh di sudut hati fal...masih bertekad utk lahirkan baby secara normal.Namun ketika itu,fal sudah turunkan tandatangan pada kertas bersetuju utk mjalani prosedur cezar.Ketika menunggu masa utk di bawa ke bilik bedah,fal rasakan kontraksi semakin kuat.Sekitar jam 6.20pm..tiba2 air ketuban pecah sendiri.Fal di hantar ke bilik bedah.Pengalaman pertama fal memasuki bilik bedah..ada lebih kurang 10 org Doktor di dalam bilik tsbt berbaju biru dan kepala bertutup mcm shower cap tu.Radio dipasang kuat2..lagu Ed Sheeran 'photograph' rasanya tengah main ketika itu.Sepanjang masa alunan lagu2 rancak dimainkan,tak pasti apa sebabnya..tapi mungkin untuk menghilangkan stress doktor agar mereka tidak tertekan semasa membedah pesakit.fal disuruh duduk di atas katil bedah dan belakang fal disapu sejenis cecair sebelum dicucuk dgn jarum utk doktor masukkan tiub halus.Kemudian salah seorang doktor berkata,dia akan masukkan jarum kedua utk ubat bius pula.Ketika itu kontraksi yg fal rasakan terlalu kuat sehinggakan ada naluri untuk meneran yg amat kuat sekali..So,fal bgtau doktor yg baby dah nak keluar..dan fal mahu bersalin secara normal.Lawak pula bila teringat doktor tu kata.."'kepit' dulu..jangan teran.sekejap lagi ni nak masuk ubat bius dah"..fal tdk hiraukan kata doktor tersebut dan mula meneran sekuat hati.Akhirnya doktor tak jadi masuk ubat bius dan doktor akur dgn permintaan fal utk bersalin normal.Dengan sepenuh tenaga fal teran baby dan akhirnya baby selamat dilahirkan tepat jam 6.50pm.Kesemua doktor di dalam bilik tersebut bersorak keriangan dan bertepuk tangan kerana fal berjaya lahirkan baby tanpa sebarang komplikasi.Syukur pd Tuhan..Dia lah yang memberi kekuatan pada fal.Difahamkan bahawa ini merupakan kes pertama ibu yg sepatutnya mjalani cezar akhirnya dapat bersalin normal di bilik bedah.😊
Adrian James Rackford,bayi fal seberat 3.955kg.Yang paling berat antara semua adik-beradik.Pengalaman melahirkan baby Ian sememangnya tidak dapat dilupakan sanpai bila2.😊




No comments

Powered by Blogger.