SET IBU HAMIL

Hi uolls..lama rasanya tak update blog ni dek kerana kesibukan.So entry kali ni fal nak kongsikan kebaikan mengamalkan set ibu hamil shaklee.
Semasa fal mengandungkan baby ian,fal memang konsisten makan suplemen shaklee ni.Syukur semasa fal melalui fasa kehamilan semuanya berjalan lancar dan tiada apa2 masalah kesihatan pada ibu mahupun bayi.Jom kita tengok apakah suplemen yang terdapat dalam SET IBU HAMIL ni.
SET IBU HAMIL terdiri daripada ESP,Vitalea,Vitamin C, B complex,Ostematrix dan Omegaguard.
Pada trimester 1 dan ke-2 fal amalkan kesemua suplemen ni kecuali omegaguard.Omegaguard di ambil pada trimester ke-3 kehamilan.



1) ESP(Energy Soy Protein) 

-sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh
-Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.
-penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
-memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. 
-Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
-Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
-Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .
-Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Bonus bagi ibu;
1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda 
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih 
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 
5) ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam 
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum 
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. 
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
9) Berkesan mengurangkan ekzema dan masalah kulit

Cara makan:
Boleh di ambil 2 kali sehari.Biasanya 1 tong ESP boleh habis dalam 2 -4 bulan ikut kekerapan pengambilan.Perasa vanila,sedap boleh di minum begitu saja.Fal selalunya bancuh dengan air suam.Jangan bancuh dengan air panas dikhuatiri nutrisi akan dihapuskan.Ataupun boleh campur dalam minuman kegemaran seperti jus buah.Di bawah ni ada 20 resepi ESP yang anda boleh cuba.


2)Multivitamin(Vita-lea) 

Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
Cara makan:
2 biji vitalea /sehari selepas makan berat.Fal biasanya ambil selepas lunch.

3)B Complex 

Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
Cara makan:
1 biji/sehari selepas sarapan pagi.

4)Vitamin C(Sustained Realese Vita-C) 

Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  
Cara makan:
1 biji/sehari selepas makan berat.Fal makan vit c selepas lunch.

5)Kalsium(Ostematrix) 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Cara makan:
4 biji/sehari sebelum tidur.

6)Omega -3(Omega Guard) 

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
Cara makan:
4 biji/sehari sebelum makan berat.Fal makan ni sebelum lunch dan sebelum dinner.

Kalau ikut pengalaman fal mengambil SET IBU HAMIL ni,memang amat bermanfaat sepertimana yang disebutkan di atas ni.Bayi fal lahir pada 27 September 2015 seberat 3.95kg,bayi lelaki di beri nama Adrian James Rackford. Nurse siap puji lagi kulit bb ian bersih putih dan yang paling best sekali bb ian tiada masalah jaundis.

Selepas bersalin,fal teruskan pula dengan SET IBU BERPANTANG SHAKLEE.Fal akan kongsikan berkenaan set ini pada entry yang akan datang.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu memilih set ibu hamil yang sesuai untuk membantu ibu menghadapi fasa kehamilan.
Jika anda ingin mendapatkan SET IBU HAMIL ini,anda boleh hubungi saya pada bila2 masa.Pelanggan yang membeli daripada saya akan diberikan konsultasi percuma dan cara pemakanan vitamin yang berkesan.

Call/pm/whatsapp:
0198287830
Falinah || SID1070119
COD: Area Kuching,Pos seluruh Malaysia.





No comments

Powered by Blogger.