RESEPI SNOW CHEESE MEALSHAKES CAKE

Entry kali ini fal akan kongsikan resepi kek kegemaran fal dan anak2 iaitu snow cheese mealshakes cake!😍.
Snow cheese mealshakes cake

Kek ni fal belajar melalui satu kelas memasak yang fal sertai bulan April yang lepas.Tips penting yang fal dapat masa belajar buat kek ni dari cikgu yang ajar kelas ni  ialah kena ada penimbang bahan, lagi bagus kalau gunakan penimbang digital tu. Sukatan kena betul.Itu lah rahsia untuk dapat hasilkan kek yang gebu dan enak bila di makan.
Tapi fal ada satu lagi bahan istimewa yang menjadikan kek ini bukan sahaja sedap tetapi berkhasiat!hihiπŸ˜€..yang ini fal improvised sikit dari resepi asal.Apa dia bahan istimewa tu?tidak lain dan tidak bukan MEALSHAKES SHAKLEE!😍

Mealshakes shaklee
Mealshakes shaklee ini adalah multivitamin dalam bentuk tepung berperisa vanila yang sangat sedap bila di buat minuman berkhasiat.Fal jadikan mealshakes ni minuman wajib anak-anak ketika bersarapan.

Fal suka mencuba sesuatu yang baru dan sebab itu fal tambah elemen mealshakes dalam snow cheese cake yang fal buat😊

Ok.Jom kita tengok dulu resepi untuk hasilkan kek yang begitu enak..sedap sehingga menjilat jari!πŸ˜€


RESEPI SNOW CHEESE MEALSHAKES CAKE

Bahan-bahan:

6 biji telur gred A(buang 2 biji telur putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hongkong
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovallete
75 gram mentega (dicairkan)

Untuk cream:
1 kotak cream cheese (250gram)
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mealshakes shaklee
(Campurkan semua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

Untuk topping:
1 kotak cheddar cheese kraft (parutkan)

Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan kecuali air sejuk dan mentega cair.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan pekat dan putih.Lepas itu masukkan air sejuk & putar lagi sampai gebu.
3. Masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati.
4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
5. Bakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah selama 45 - 1 jam dengan kepanasan 150 degree celcius.
6. Bila sudah masak,biarkan sejuk.
7. Bila dah sejuk, potong dua di tengah-tengah. Sapukan cream di atas separuh kek tadi.Kemudian letakkan sebahagian lagi kek tadi di atasnya. Sapu lagi cream dan parutkan cheese cheddar.

Bahan-bahan di atas boleh didapati di pasaraya atau paling senang pergi ke kedai bakery yang ada menjual bahan & aksesori memasak. Bahan istimewa Mealshakes ni pula cuma boleh di beli dari pengedar shaklee.Boleh juga hubungi fal di 0198287830 untuk dapatkannya.

Oh ya, kek yang dah siap boleh juga taburkan dengan chocolate rice kat atas toping tu kalau nak. Fal dah buat banyak kali kek ini dan anak-anak suka sangat makan kek ini.Anak fal, si ryan ni siap request lagi buatkan sempena hari guru bulan lepas.So fal pun buatkan la juga demi anak☺

Ok.selamat mencuba resepi ni ya!πŸ˜€

Jumpa lagi di entry yang akan datang.

Ryan dengan kek cheese nya

7 comments:

  1. Ya ampun..sedapnyaaa. kena try ni. Tq atas resepinye 😊

    ReplyDelete
  2. macam best je kek ni..lagi-lagi bahan buat keknya dari mealshakes..mesti sedap

    ReplyDelete
  3. alahai dah la peminat cheese cake. sedapny. nak buat memang tak reti. tapi nampak mealshake,kena buat juga ni. terima kasih resepi ini.

    ReplyDelete
  4. Wow.. tak sangka mealshake pun boleh guna untuk buat cake

    ReplyDelete

Powered by Blogger.