6 TIPS URUS KELUARGA DENGAN LEBIH CEKAP

Ibu-ibu di luar sana mungkin pernah mengalami tekanan atau stress apabila menguruskan keluarga sendiri terutamanya melakukan kerja-kerja di rumah.Ditambah lagi jika ada anak yang ramai. 

Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Today.com ke atas 7,164 orang ibu warga Amerika, ibu yang mempunyai 3 orang anak adalah yang paling stress – malah lebih stress daripada ibu yang beranak 4. Ini kerana apabila bilangan anak bertambah menjadi 3, mereka lebih ramai daripada ibu dan bapa (hanya 2 orang). Namun, keadaan ini akan kembali tenang apabila bilangan anak menjadi 4 atau lebih. 

Menurut seorang pakar psikiatrik, Dr. Janet Taylor “Semakin ramai anak anda, semakin yakin anda dengan kebolehan anda sebagai ibubapa.” 

Ikuti 6 tips ini untuk membantu ibu menguruskan keluarga dengan lebih cekap.

Tips pertama ialah membuat perancangan sebaiknya. Setiap hari fal cuba sedaya-upaya luangkan masa 10 minit untuk fikirkan kerja-kerja rumah untuk dilakukan pada keesokan hari. Kadang2 sekadar gambarkan di kepala dan kadang2 fal catat supaya tidak lupa.Fal ada download apps 'checklist' dari playstore dan selalunya fal catat dlm ni.

Tips kedua ialah membuat persediaan lebih awal. Contohnya sediakan beg sekolah anak, baju sekolah anak dan baju kerja suami dan diri sendiri. Rutin fal setiap malam biasanya temankan anak pilih buku teks ikut jadual.Lama-kelamaan anak-anak sudah pandai untuk pilih buku dan tidak perlu diingatkan lagi untuk berbuat demikian.Baju sekolah anak-anak, baju kerja fal dan suami juga pilih siap-siap dulu dan jika sempat,fal akan iron dulu sebelum masuk tidur. 

Tips yang ketiga ialah buat kerja yang penting dahulu. Lakukanlah apa yang penting untuk diselesaikan terlebih dahulu.Jangan membuat jangkaan yang terlalu tinggi sehingga anda sendiri yang stress. Contoh, anda nak iron baju kerja untuk seminggu terus sebab nanti kerja anda akan lebih mudah,sedangkan ketika itu ada kerja yang lebih penting lagi iaitu untuk bantu anak-anak dengan kerja sekolah. Fal selalu buat priority list dan catat dalam apps 'checklist' fal dalam handphone,senang nak rujuk nanti. 

Tips yang keempat ialah bahagikan tugas-tugas di rumah bersama suami anda.Tidak salah jika suami turut membantu melakukan kerja-kerja di rumah.
Fal sebenarnya rasa sangat bersyukur mendapat suami yang sangat ringan tulang membantu fal menguruskan keluarga setiap hari. Suami fal tidak kisah melakukan kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh kaum ibu contohnya memasak,mandikan anak-anak malah iron baju pun dia buatkan juga.
Suami fal sediakan sarapan dan bekal anak ke sekolah.Fal sediakan jadual menu bekalan sekolah anak dan bahan-bahannya.Suami yang akan memasak sementara fal siapkan anak-anak ke sekolah.


Tips kelima ialah libatkan anak-anak melakukan kerja-kerja rumah.Berilah tugas sesuai dengan umur anak.
Fal cuba libatkan anak-anak untuk bantu fal melakukan kerja-kerja rumah yang mudah.Anak perempuan fal walaupun baru berumur 8 tahun tapi sudah boleh bantu mamanya lipat kain baju dan menyapu rumah. Abangnya Ryan yang berumur 10 tahun turut membantu mama mencuci pinggan mangkuk.

Tips keenam ialah berehatlah seketika jika anda rasa terlalu penat walaupun ketika itu kerja-kerja rumah anda belum siap. Jangan memaksa diri anda kerana itu hanya akan membuat anda lebih stress. Anda boleh sambung semula kerja yang tertangguh itu selepas anda selesai berehat seketika.
Setelah penat melakukan kerja-kerja rumah,fal biasanya akan berehat dengan tidur sekejap.Jangan lupa minta suami tengok-tengokkan anak-anak dulu.Tapi biasanya,fal akan bawa anak-anak sekali untuk tidur sekejap di siang hari.

Oh ya, selain dari tips-tips di atas, fal nak tambah satu lagi iaitu amalkan pengambilan suplemen shaklee untuk mencukupkan keperluan nutrisi kita agar sihat dan bertenaga menguruskan keluarga kita. Fal juga amalkan suplemen shaklee iaitu Set kesihatan optimum yang terdiri daripada ESP,Vitalea, Vita C & Bcomplex dan antara vitamin kegemaran fal ialah vitamin Bcomplex yang bukan sahaja membantu membekalkan tenaga pada si ibu,ia juga anti-stress dan ibu akan lebih tenang melakukan kerja-kerja di rumah.Jika ingin dapatkan suplemen ini bolehla hubungi fal di talian 0198287830 ya.


Oklah,sampai di sini dulu entry untuk kali ini.Semoga tips-tips yang fal kongsikan di atas bermanfaat untuk semua dan membantu anda menguruskan keluarga anda dengan lebih cekap.

4 comments:

  1. Nasib baik ada B-complex .. Hehe supaya tidak cpt marah atau stress😉

    ReplyDelete
  2. Nasib baik ada B-complex .. Hehe supaya tidak cpt marah atau stress😉

    ReplyDelete
  3. yang penting time management tu kena efektif heheheh

    ReplyDelete
  4. bagus tips ini. boleh apply. ibu-ibu memang hebat.yang jadi suri rumah mahupun bekerjaya. sama-sama memainkan peranan penting dalam keluarga. nak ajar anak-anak mengemas,mulakan dari kecil. sama-sama buat dengan mereka. pasti mereka ikut.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.