Why Factor Dalam Biz Shaklee

Setiap kali baca Kisah inspirasi Master Lyna ni membuatkan fal terharu dan menitiskan airmatašŸ˜¢

Jom ikuti kisah Master Lyna;

"Segalanya berubah, bila kami dapat anak kedua. Anak 
saya, namanya Fahry. Dia pre-mature, dan dia, kudung sebelah kaki. 
Sebagai seorang mak, saya nak, anak saya membesar, bangga dengan 
diri dia. Masa tu lah, saya ambil cuti tanpa gaji, sebab tak sampai hati nak 
bagi orang lain jaga dia. Dan masa tu juga, saya cakap ke diri saya, “aku 
mesti buat Shaklee betul-betul”. 

Saya nak bersama-sama dengan dia, saya nak support dia. 
Saya nak dia rasa bangga, pakai kaki palsu. Saya nak dia rasa bangga 
dengan diri dia. Saya nak kawan-kawan, bila tengok dia “wow Fahry, 
awak hebat!”. Jadi, saya bincang dengan suami saya. Sebelum Fahry 
masuk sekolah darjah satu (bila umurnya 7 tahun nanti), salah seorang 
dari kami, mesti berhenti kerja. Sebab orang OKU macam fahry 
perlukan sokongan psikologi. Dan tiada yang lebih layak drpd 
ibubapanya sendiri."

Bukti semangat & kesungguhan yang tinggi,kini Master Lyna berjaya mencapai impian menjadi work at home mom dan menjaga anak-anaknya.Dia dan suaminya Master Zainul merupakan bonus earner tertinggi shaklee dgn pendapatan dari bonus shaklee sahaja mencecah puluhan juta ringgit setahun.

Penaung ireachfamily ini juga merupakan Leader dan mentor hebat. Rasa bertuah sebenarnya kerana bellatrixfamily juga berada dalam susur galur family ireach ini.

Gambar kenangan bersama Master Lyna semasa Shaklee Leaders conference 2017

Kisah di atas ini mengajar fal erti ketabahan,semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mencapai sesuatu yg kita betul-betul inginkan. Cari WHY FACTOR atau PUSH FACTOR kenapa kita buat biz shaklee. Adakah untuk anak-anak? untuk family tersayang?
Biasanya bila kita sudah jumpa WHY FACTOR ini,ia akan buat kita kekal lama dalam biz ini dan walau apa terjadi, kita tidak akan tinggalkan biz tersebut. Biasanya WHY FACTOR ini bila kita fikir balik mampu membuat kita menangis dan menyedarkan kita supaya kita mesti terus berusaha untuk mencapai impian kita. Dan setiap kali kita rasa down,rasa give up dan mahu berhenti saja dari biz ini, fikirkan balik WHY FACTOR kita. Nescaya kita akan sentiasa fokus dan lebih berjaya menggapai impian menjadi realiti.

Apakah 'Why Factor ' fal? sudah tentu anak-anak fal. Kerana anak-anakla maka fal tekad untuk teruskan biz shaklee walau apapun rintangan yang melanda. Biz shaklee ini boleh diwariskan kepada anak-anak. Merekalah penyambung legasi empayar bisnes #bellatrixfamily yang fal sedang bina sekarang.

Keluarga adalah segalanya
Buat masa ini fal cuma buat biz shaklee secara part time disamping mempunyai kerja hakiki. Fal juga berimpian untuk menjadi WAHM dan ingin melihat sendiri anak-anak membesar di depan mata, 
menanti kepulangan mereka dari sekolah setiap hari dan fal ingin sentiasa ada di sisi anak-anak bila mereka memerlukan. Ketika fal membuat coretan ni pun fal menitiskan airmata sebab tiada di sisi anak-anak selalu disebabkan tuntutan kerja.Maafkan mama anak-anakku..Sebab itu bila dapat bonus shaklee setiap bulan, fal cuba gunakan untuk gembirakan orang tersayang iaitu family fal, bawa mereka bercuti dan buat simpanan untuk masa depan anak-anak. Moga laluan kerjaya bisnes shaklee fal dipermudahkan dan doakan fal berjaya menjadikan impian fal menjadi realiti suatu hari nanti.Amin

5 comments:

  1. kisah master lyna sekeluarga sangat memberi inspirasi. Semoga kita juga mampu berjaya seperti beliau..

    ReplyDelete
  2. TAGET DAN NIAT...apa tujuan sebenarnya kita buat business shaklee ni...
    NAK BERJAYA KENA ada wawasan...kisah hidup master2 shaklee betul2 membuka mata ..kakina juga untuk berjaya...

    ReplyDelete
  3. Kalau oramg lain boleh. Kita pun boleh!

    ReplyDelete
  4. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Selalu positif untuk kejayaan diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. Menitik air mata dengar secara live sharing master lyna ni. Memang sangat menginspirasikan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.