7 TIPS SEDIA BEKAL ANAK KE SEKOLAH

Tahun ni 3 orang anak fal telahpun bersekolah.Yang sulung,ryan tahun 3,yang kedua ialah fharelyne tahun 1 dan yang ketiga ialah eddy tadika.Setiap hari fal akan bangun seawal jam 5 pagi untuk sediakan bekal anak.Syukur lah setakat ni belum pernah gagal sediakan sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Di sini fal ingin kongsikan 7 tips yang fal amalkan untuk memudahkan penyediaan bekal anak.Semoga tips ini dapat membantu ibubapa di luarsana menyediakan bekal untuk anak tersayang.


Sebagai ibubapa,kita kena tahu selera anak-anak.Setiap anak berbeza.Macam anak fal,anak yang sulung dan kedua tu tak kisah sangat apakah sarapan atau bekal yang akan di bawa ke sekolah. Tapi anak yang ketiga ni,yang baru masuk tadika punyalah cerewet. Pernah sekali tu fal bekalkan nasi goreng dan nugget.Eddy minta sos tomato dalam bekalnya.Kebetulan kat rumah sos tomato dah habis.Selagi tak letak sos tomato,selagi tu dia meraung menangis dan cakap tak mahu pergi ke sekolah.Terpaksalah ayahnya pula mencari kedai runcit semata-mata untuk membeli sos tomato.Nasib baik dapat beli barulah si eddy ni pergi sekolah.


Tips yang kedua ini memang sangat-sangat membantu.Berbincanglah dengan anak tentang sarapan yang ibu akan sediakan untuk mereka.Macam fal,perbincangan tu dilakukan secara spontan semasa anak-anak tengah santai bermain.Fal tanya kepada mereka,makanan apa yang mereka suka dan minta pendapat mereka tentang senarai menu sarapan yang fal dah siapkan awal-awal lagi.Selepas mendapat pandangan anak2 barulah fal buat jadual sarapan anak-anak dan tampal di peti sejuk.Sengaja letak kat situ supaya tidak lupa menu apa dan bahan apa mahu di beli.Anak-anak juga boleh tengok sekali apa menu bekalan mereka hari esok.


Tips ketiga:sediakan bahan masakan sarapan esok pagi. Keluarkan bahan mentah dari peti sejuk bahagian beku tu pindah ke bahagian sejuk biasa.Tujuannya supaya sosej,nugget atau bahan mentah yang kita plan nak masak tu tak beku masa kita nak masak keesokan harinya.Jimat masa dan kita pun senang nak capai bahan2 tersebut nanti.Fal selalu keluarkan bahan2 tersebut sebelum masuk tidur.


Tips ke-4 ialah ibu kena bangun awal untuk sediakan sarapan.Macam fal,selalunya bangun jam 5 pagi.Jam 6.10 minit nanti bas sekolah akan sampai.Jadi fal masih ada masa yang panjang untuk sediakan bekal anak.


Tips ke-5 ialah pastikan bekas untuk di isi bekalan anak tu mudah di capai.Simpan di tempat yang sama setiap hari supaya senang nak mencarinya nanti.Fal dah pernah kena sebelum ni bilamana penutup bekas tak jumpa,botol air tak jumpa lah sebab tak simpan di tempat yang sama.So fal akan pastikan semuanya berada di tempat sepatutnya sebelum masuk tidur.

Tips ke-6: sediakan 'back up' plan.Manalah tahu kan,tiba-tiba dapur gas habis macamana nak masak kan?Jadi adalah lebih baik alternatif lain diambil untuk bekalan anak-anak.Tak semestinya bekalan itu perlu di masak.Biskut,roti atau sandwic antara pilihan yang baik untuk bekalan anak-anak.


Tips ke-7 ialah beri suplemen vitamin pada anak-anak.Kadangkala bekal yang kita beri pada anak-anak belum tentu mengandungi semua vitamin atau zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh mereka untuk tumbesaran selain daripada memastikan anak-anak kekal cergas dan bertenaga.Oleh itu,bantulah mereka mendapatkan zat-zat penting tersebut dengan memberi mereka makan suplemen vitamin setiap hari.Macam fal,selalu beri makan anak-anak multivitamin bentuk tablet boleh kunyah setiap hari dan bancuh mealshake dengan minuman kegemaran anak-anak iaitu minuman vico.



Hubungi saya di 019-8287830 jika anda memerlukan konsultasi atau rahsia pemakanan vitamin yang berkesan.
FB: Falinah Fazlina
Fan page: KEDAI Vitamin Kuching, Kedai Vitamin Sabah

No comments

Powered by Blogger.