Kenali Shaklee & Falsafah Shaklee
Kenali Shaklee
Sesungguhnya alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah Shaklee bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C.
Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature®
telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah
kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat,
dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang
penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri
setiap masa bagi memastikan produk mereka Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.Antaranya ialah;
- menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
- menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
- telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Shaklee juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat
untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk Shaklee.
Sehingga hari ini, Shaklee telah membayar komisen bernilai lebih $6.7
bilion kepada para Pengedar mereka, dan Smenjemput anda untuk
mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.
Falsafah Produk Shaklee
Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan
mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat
ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula
jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih
sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan
menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan
anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan
rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus
khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti
berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.
Post a Comment